Sunday, 30 September 2012

Hidden Valley

Salam semua... Pada yang menantikan penulisan saya berkaitan aktiviti selama di Cameron Highland ini adalah perkara yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini.

Pada entri kali ini beberapa gambar yang saya paparkan akan menceritakan tentang pengalaman saya di Cameron Highland pada kali ini. Setelah berberlas tahun saya mendaki di sini, kali ini semuanya adalah tempat yang baru dan masih lagi kekal bersih dan tidak terusik.
Kawasan lembah yang bersih ini akan dijadikan kawasan perkhemahan yang mengamalkan konsep impak minima pada setiap masa. Kawasan lembah yang kami namakan 'Hidden Valley' ini masih lagi belum pernah diteroka oleh orang kecuali orang asli setempat sahaja. Kawasan yang mempunyai keluasan sehingga mampu memuatkan sehingga seramai 30-50 orang ini mempunyai dua aliran sungai yang bercantum menjadi satu seterusnya sungai ini menjadi sumber air utama kepada punca air terjun yang akan saya ceritakan sebentar kemudian.
Pokok yang unik ini menjadi 'landmark' untuk kawasan perkhemahan lembah ini. Pasti jika anda ke sini, anda akan kagum dengan keunikan pokok ini serta akan mengabdikan kenangan di sini.
 

Sumber air yang di sinimdiyakini bersih dan bebas dari sebarang jangkitan penyakit. Malah ianya adalah lebih bersih dari sumber air yang ditapis di rumah anda.

Kawasan lembah yang dibahagikan kepada dua seksyen. Di sebelah kanan adalah laluan menuju ke kawasan air terjun rahsia dan laluan menuju ke kampung orang asli berdekatan. Perjalanan kami diteruskan lagi sehingga ke satu kawasan air terjun yang terletak lebih kurang 20 minit dari kawasan perkhemahan kami. Gambar di bawah ini adalah air terjun kedua yang terdapat di sini. Air terjun pertama saya tidak sempat untuk menangkap gamabr untuk tatapan anda semua.

Air terjun kedua tidak mempunyai kolam untuk bermandi manda tetapi pemandangannya sungguh indah. Air terjun ini sangat tinggi dan gambar ini hanya menunjukan sebahagiannya sahaja. Saya dana beberapa sahabat mengambil peluang untuk membasahkan muka di sini sebelum menujunke air terjun ketiga yang berada di bahagian bawah dari kawasan ini.
Gambar menunjukan di mana sahabat saya, Kechot sedang berdiri di bawah air terjun yang kami temui semasa eksplorasi ini. Ini adalah air terjun yang ketiga dan yang paling sesuai untuk mandi. Kami menyusuri air sungai ini sehingga bertemu dengan sebuah kawasan batu gelongsor tidak jauh dari air terjun ini.

Pada perancangan seterusnya, saya akan membawa ahli-ahli Persatuan Eksplorasi Malaysia untuk melakukan program perkhemahan di sini pada masa cuti yang akan datang. Biar usai segala urusan penting, kemudian adalah urusan persatuan.

Bawalah diri kamu jauh ke dalam hutan, dan akan kamu temui harta yang bernilai!


Tuesday, 25 September 2012

25/09 - 06/10 2012

Sepatutnya sekarang ini saya berada di Gopeng bersama-sama dengan pelajar dari Singapura ber'outdoor' di sana. Tetapi disebabkan saya sendiri telah tidak sihat dan demam beserta dengan muntah yang tidak berhenti semenjak pagi Ahad, saya pun berkeputusan untuk tidak menghadirkan diri setelah diberitahu kepada pihak yang menganjurkan.

Anak saya juga muntah-muntah dan tidak sihat sejak dari hari Khamis sehingga semalam (Isnin). Isteri saya pula kemalangan jalanraya pada hari Jumaat (habis kereta BKL kami itu menjadi sandwich MRR2)... macam-macam yang telah berlaku pada saya di dalam bulan September ini... ini adalah ingatan dariNya. Ada sebab mengapa semua perkara ini berlaku, dan mengapa ianya berlaku pada waktu-waktu yang begini. Jangan lupa diriNya, kembalikan jalan aku kepadaNya...

Setelah tidak bekerja minggu ini, saya akan menghabiskan masa di pejabat menyiapkan beberapa kerja-kerja 'admin' yang masih tertangguh. Banyak juga kerja saya yang masih tertangguh sebenarnya.

Semalam dapat call dari Paya Indah, minta hadirkan diri untuk bincang beberapa perkara berkaitan program di sana. Tidak boleh katakan tidak. Rezeki! Dan pagi Selasa ini boleh pula si Richard (kawan Canadian aku) mengajak tengok rentis untuk program bulan 11 ni nanti. Nak tak nak terpaksa la aku kata 'okay buddy let's do this' aku kadang-kadang speaking juga beb!... hahahaha... badan memang masih lemah dan aku memerlukan rehat secukupnya, tapi akan daya, inilah rezeki dan mata pencarian aku.

Ada hikmah juga aku tidak ke Gopeng minggu ini... dapat berehat, dapat bersama keluarga sebelum keluar lagi menjalankan tugas (macam nak gi perang la pula).

Saya akan naik ke Cameron Highland pada hari Sabtu  ini dan balik pada hari Selasa selepas selesai urusan bersama si Richard di sana.

Rabu saya ada trip 'white water rafting' di Sungai Sungkai pula bersama NAVY Malaysia. Jumaat dan Sabtu ada trip 'rafting' lagi di Sungai Ulu Selim... pergh!!! padat la jugak.

Jadi masa dari hari ini sehingga hari Jumaat ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan kerja dan menghabiskan masa bersama keluarga saya yang tercinta.

Apa lagi ek??? Peta di JUPEM belum berambil, sebut harga belum hantar adeh... achaner tu... kata si Johan...

InsyaAllah, saya akan kemaskini segala urusan di Cameron beserta gambar semasa di sana untuk bacaan anda semua. Mesti anda kepingin untuk tahu apa yang saya buat selama 4 hari di Cameron itu nanti. InsyaAllah, akan saya tunaikan...

Friday, 21 September 2012

Siap sedia...

Salam semua,
Bertemu kembali kita di laman blog ini. Saya tiada ber'facebook' sudah sekian masa. Hanya ada FB persatuan sahaja diketika ini. Jadi laman blog inilah menjadi gelanggang saya meluahkan rasa dan perjalanan kehidupan seharian.

Untuk yang kali ini, paling simple... Saya sedang bersiap sedia untuk beberapa perkara. Antaranya adalah:
1. Menyiapkan diri u tuk berfasilitasi selama 5 hari di Gopeng nanti
2. Menyiapkan rentis untuk laluan pelajar SJII Singapura
3. Program retreat USIM bulan November
4. Dan banyak lagi....

Nantikan kemaskini berkaitan diri saya nanti....

InsyaAllah

Monday, 17 September 2012

Gunung Ruil...

Perancangan tetap perancangan. InsyaAllah apa yang dirancang bakal menjadi kenyataan. Saya bercadang untuk membuat laluan sendiri untuk pelajar-pelajar dari SJII Singapore yang akan mengadakan program outdoor adventure bersama saya pada bulan Oktober ini nanti.

Tahun lepas mereka ke Trans Gopeng Cameron dan ianya amat memenatkan untuk mereka. Pada tahun ini mereka bercadang untuk membuat 'expedition base camping' yang lebih mudah dan santai. Mengikut hukum fahamnya adalah, sesuai dengan kadar kemampuan mereka.

Saya bercadang untuk membuka rentis dari Kg Sg Ruil ke puncak Gunung Ruil dan seterusnya ke Kem Sudu dan dari Kem Sudu ke Gunung Perdah. InsyaAllah, baru perancangan sahaja.

Saya mengalu-alukan kepada semua ahli Persatuan Eksplorasi Malaysia untuk mengikut saya ke sana pada minggu ini. Mahukah anda?

Nantikan kemaskini berkaitan projek terbaru saya ini.

Projek-projek lain:
Bujang Melaka - Sungai Salu - Gopeng
Gopeng - Gunung Chabang
Bujang Melaka - Lata Kinjang
Trans Relau - Bujang Melaka
Sungai Kampar - Sungai Kinta - Sungai Perak - Sungai Bidor (Teluk Intan)

*sabar dan terus bersabar...

Sunday, 16 September 2012

Berkenduri di Teluk Intan

Tanggal 15 & 16 September 2012...

Bersama dengan keluarga sebelah isteri saya di Jalan Manggis menjalankan kerja kenduri kahwin untuk dua adik ipar saya di sana.

Badan memang letih, memang lemau, tetapi tidak selemau dan sepenat bawa kumpulan mendaki gunung batu puteh selama 23 jam berjalan dalam sehari...

Yang itu kenangan... Akan tetap dalam kenangan.

Thursday, 13 September 2012

Datang & pergi, masuk & keluar....

Resam hidup manusia... Ada senang, ada susah. Ada gembira, ada duka. Ada ada, ada tiada....memang begitulah selalunya.

Datang dan pergi, masuk dan keluar...
Benda tu datang semalam, pergi hari ni.... 2,3 hari lagi ia masuk, pastu 2,3 lepas tu confirm keluar....

Tapi, selagi ada masa, selagi ada daya, selagi ada usaha... Pasti rezeki Allah itu tidak kemana mana. Yakin dan percaya pada yang Esa, insyaAllah tiada yang akan membebankan kita...

Rentis Bujang Melaka (yg bujang 2 orang saje)

Tarikh 7hb 9 saya bersama 3 lagi pendaki baru dan lama telah bersetuju untuk ke Gunung Bujang Melaka yang terletak di Kampar, Perak. Tetapi di atas beberapa faktor antaranya usia dan tahap kesihatan pendaki, program ini menjadi rentis Kem Lebah (tapak khemah terakhir sebelum puncak Bujang Melaka).

Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur sekitar jam 7 petang dan kami selamat tiba di Kampar pada jam 9.30 malam tanpa sebarang masalah sepanjang perjalanan. Lokasi peniduran kami pada malam itu adalah di kawasan air terjun Batu Berangkai yang sememangnya menjadi tarikan pengunjung di hujung minggu.

Saya sebenarnya telah lama mengenali gunung ini dan ianya menjadi kawasan latihan semasa saya di dalam Persatuan Rekreasi Hilir Perak (RHP) dahulu. Sejak 1998 saya mula mendaki gunung ini dan inilah kali pertama saya akan menulis log perjalanan supaya ianya boleh menjadi panduan kepada pendaki baru yang ingin mendaki gunung ini.

Gunung Bujang Melaka yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bujang Melaka adalah puncak tertinggi di hutan simpan tersebut dengan ketinggian 1,234 meter dari aras laut. Terdapat juga Gunung Relau yang berketinggian 900++ meter (tak berapa nak ingat ketinggian). Dua gunung ini yang membentuk banjaran Bujang Melaka. Di sebelah timur banjaran ini akan membawa anda ke kawasan hutan lipur latar Kinjang dan sebelah utara membawa anda ke kawasan kampung Sahom, Jeram, Perak.

Hari Pertama
07092012
*bermalam di air terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak

Hari Kedua
08092012
Jam 0900 pendakian bermula dari Batu Berangkai menuju ke CP Kaki Gunung melalui kawasan kebun getah dan kebun durian milik penduduk asli di situ. Kami berhenti sebentar untuk melepaskan lelah di sebuah rumah orang asli yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari Batu Berangkai. Perjalanan diteruskan sehingga ke Kaki Gunung. Untuk pengetahuan anda, terdapat alur air di sini yang menjadi sumber minuman bagi pendaki sebelum meneruskan perjalanan ke Kem NB. Info lanjut berkaitan Gunung Bujang Melaka adalah, anda tidak akan putus bekalan air sehingga ke Kem Lebah. Sekitar jam 1100 kumpulan kami tiba di Kem NB, satu kawasan lapang yang boleh memuatkan sekitar 20 orang pada satu-satu masa perkhemahan. Sumber air boleh didapati di sebelah kanan tapak perkhemahan. Kerja menebas perlu dilakukan sedikit bagi memudahkan proses mengambil air.

Kami meneruskan perjalanan setelah melepaskan lelah di Kem NB menuju ke CP Kedai Kopi untuk makan tengahari. Untuk mengenali CP Kedai Kopi ini amat mudah, ianya adalah satu kawasan yang berbatu dan mempunyai air terjun kecil di sebelah kiri dan rentis untuk ke puncak adalah di sebelah kanan anda. Menu makan tengahari kami adalah nasi putih bersama sup bendi, ikan sepat ronggeng kering dan papadom. Air limau menjadi penghilang dahaga semasa di CP Kedai Kopi.

1430 kami meneruskan perjalanan ke Kem Lebah setelah kenyang. Perjalanan ke Kem Lebah sedikit mencabar bagi peserta yang baru tetapi ianya tidak menjadi masalah kerana kami bergerak secara perlahan.  Setibanya di CP Batu RHP atau Kumbang Tersepit kami melepaskan lelah sebentar dan berkongsi beberapa cerita bersama. Perjalanan dari CP Batu RHP ke CP Simpang menjadi sukar kerana terdapat beberapa laluan yang telah ditutupi oleh pokok tumbang dan kerja menebas terpaksa dijalankan serba sedikit.Setelah 2 jam berlalu, kumpulan kami berjaya tiba di Kem Lebah dan kerja mendirikan khemah giat dijalankan. Rakan yang lain mengambil peluang untuk menyegarkan badan di anak sungai berdekatan.

1930 makan malam disediakan secara bergotong royong dan menu pada malam ini adalah spaghetti bersama cendawan disertakan dengan minuman coklat panas a.k.a MILO. Sesi bersembang diadakan dan mata pun semakin mengantuk lalu berlabuhlah kami semua di bawah fly sheet. Hujan pada malam hari tidak sedikit pun mengganggu tidur kami.

Hari Ketiga
09092012
1000 perjalanan turun menyusuri laluan yang sama dan kami semua selamat tiba di Batu Berangkai tepat jam 1530. Syukur pada Allah semuanya selamat.

Pacing normal untuk Bujang Melaka (untuk rujukan tuan puan sekalian):
Bt. Berangkai - K.Gunung (1 jam)
Kaki Gunung - Kem NB (30 minit)
Kem NB - CP K.Kopi (1 jam)
CP K.Kopi - Batu RHP (30 minit)
Batu RHP - CP Simpang (15 minit)
CP Simpang - Kem Lebah (30 minit)
Kem Lebah - Puncak (2 jam)

*jika berminat untuk mendapatkan khidmat pemandu arah gunung berlesen (nature guide) sila hubungi saya.

Selamat mendaki...



Wednesday, 12 September 2012

Leadership Camp 2012 - KYUEM Scholar

31 Ogos 2012 - 2 September 2012

Lokasi : Kem Hanifa, Kampung Jahang, Gopeng, Perak

Jumlah peserta : 37 orang
Jumlah pengiring : 2 orang
Jumlah fasilitator : 4 orang
Jumlah krew sokongan: 5 orang
Program koordinator : 1 orang

Aktiviti utama: Waterfall abseiling di Gua Geruntum
Menjelajah Gua Tempurung
Berkayak dari Kampung Jahang ke Gua Tempurung
Program bersama anak yatim Darul Hikmah

Aktiviti sampingan:
Pembentukan kumpulan
Cabaran 'water war' Mendirikan khemah
Games & energizer
Perlawanan bola sepak
Treasure hunt
BBQ
Makan durian