Tuesday, 18 December 2012

'Backpacking'

Satu aktiviti atau kegiatan yang mula dipopularkan pada awal 1960-an. Tapi kalau nak ikut sejarah bangsa Melayu kita ini, telah lama aktiviti ini dijalankan. Sebab apa? Hang Tuah telah ke negara China untuk bertemu puteri Hang Lipo (tapi tak bawa beg, cuma bekas kain. Atau masa itu dah ada beg galas dah. Siapa yang tahu). Sapa lagi... Pedagang-pedagang benua Melayu yang berniaga dan pergi ke tempat-tempat lain. Apa kaitan dengan entri saya kali ini... inilah dia...

'Backpackers' adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang melakukan aktiviti ini - akan saya jelaskan dengan lebih lagi nanti.

'Backpacking' adalah perbuatan kepada aktiviti yang juga akan saya jelaskan dengan lebih lagi nanti.

Mengikut definasi 'backpacker' adalah seseorang atau sekumpulan manusia yang menggunakan beg galas untuk mengisi peralatan keperluan peribadi, perkhemahan, pendakian dan sebagainya dan di bawa kemana-mana yang diinginkan. Sesiapa sahaja yang menggunakan beg galas dan menuju ke satu-satu lokasi adakah digelar 'backpacker' dan adakah dia sedang ber'backpacking'? Kita perluaskan lagi definasi 'backpackers'ini, mereka yang berjalan atau mengembara tidak kira ke kawasan bandar, hutan atau kampung dengan memikirkan cara untuk mengurangkan kos serta mengembara dengan lebih lama adalah mereka yang benar-benar seorang 'backpackers'.

Maka, jika anda ke pejabat dengan hanya sekadar mengisi laptop, anda boleh menggelarkan diri anda seorang 'backpackers' tetapi jiwanya masih belum ke tahap itu. Menyebut tentang mengurangkan kos, mereka-mereka ini (termasuklah saya) akan cuba sedaya upaya mencari tempat tinggal yang murah sebagai contoh asrama, hotel budget, tinggal dengan orang tempatan, berkhemah atau lebih dahsyat lagi tidur di mana-mana yang dirasakan boleh melelapkan mata. Bagi mereka, pengembaraan mereka itu bukanlah satu percutian, malah ianya lebih kepada mempelajari, memahami dan menyelami peradaban bangsa, suku atau kaum sesuatu tempat yang mereka pergi. Mereka ini juga belajar mengenai cara hidup, ekonomi serta politik sesuatu kawasan yang dilawati.

Cara pergerakan mereka adalah dengan menggunakan pengangkutan awam yang paling murah serta selamat untuk digunakan. Bagi mereka masa tidak penting, yang lebih penting adalah, pengalaman dan apa yang mereka lihat sepanjang perjalanan menuju ke satu-satu lokas itu. Kalau naik keretapi, mereka akan memilih untuk duduk di kelas yang paling murah, kerana disitulah dapat dirasai jiwa sebagai penduduk tempatan yang menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari. Jika mereka terpaksa menggunakan bot, feri atau sampan, bagi seorang 'backpackers' pasti mereka akan gunakan. Yang penting mereka tiba di destinasi yang ditujui dengan selamat dan bermakna.

Saya tergerak untuk tulis berkaitan 'backpackers' ini adalah kerana saya telah sekian lama berkecimpung dalam aktiviti ini tetapi tiada inisiatif untuk mendokumentasikan setiap perjalanan tersebut. InsyaAllah akan saya usahakan untuk menulis berkaitan 'backpackers''scene' di Malaysia untuk perkongsian kita bersama.

'Backpacker' bukanlah seorang pendaki gunung, ahli perkhemahan secara tepat, tetapi bagi mereka yang mengikuti aktiviti mendaki gunung, perkhemahan, dalam ada jiwa mereka adalah seorang 'backpackers'.

Nantikan entri yang akan datang. Akan saya tuliskan tips yang penting untuk pergi mengembara atau ber'backpacking' ke tempat yang menarik.

Tunggu dan teruskan mengembara dan selongkarilah segala isi alam untuk ilmu anda serta orang lain.

Wednesday, 12 December 2012

Backpackers Trip ke Hat Yai - part II

Waktu Thailand sekarang menunjukan 0827 pagi dan pekan Hat Yai ini dah mulai sibuk dengan kenderaan dan manusia-manusia yang ingin memulakan penghidupan di hari yang baru ini. Saya menunlis entri ini disebuah kedai Muslim yang dijumpai secara tidak sengaja semasa dalam perjalanan untuk ke Lee Garden Plaza.

Rocky Muslim Restaurant nama kedainya dan ianya menghidangkan makanan Muslim yang halal untuk setiap pelanggannya. Paling terbaik dekat sini pekerja-pekerja kedai ini memang boleh berbahasa Melayu dan ada juga kedengaran loghat Kelantan terkeluar dari bibir mereka. Kalau sesiapa yang kurang pasti dengan waktu Malaysia dan Thailand, datang kedai ini dan anda boleh tengok perbezaan waktu antara dua negara ini sebab ada dua jam tergantung dengan satu waktu di Malaysia dan satu waktu di Thailand. Terbaik!!! Mesti kedai ini penyokong kuat Malaysia, pada jangkaan saya sahaja.

Saya sambung nanti pula, sekarang waktu untuk menikmati roti pisang dan teh tarik yang baru saja sampai di meja saya ini.
-------------------------------------------------<@
Sambung kembali kisah di sini. Mesti ini adalah satu jenaka untuk anda tetapi ia adalah apa yang berlaku di sini. Orang tua cakap, kenyang perut senang hati. Jadi dengan hati yang senang dan lapang saya telah membeli jersi Harimau Malaya di Thailand untuk membuktikan cinta saya pada tanah tumpah saya sendiri. Bukan sehelai tau tapi 2 helai dewasa dan 1 pasang untuk anak dara saya masih masih lagi kecil itu.

Di Hat Yai ini sebenarnya ada pasar pagi di lokasi yang sama seperti di lokasi pasar malam, Lee Garden Plaza. Tapi pasar pagi ini banyak menjual cenderahati khas untuk pelancong bawa pulang ke tanahair masing- masing. Ini adalah teknik peniaga di sini, kerana setiap pelancong akan daftar keluar dari hotel pada waktu pagi sehingga ke jam 1200 tenghari dan pada waktu inilah masa yang paling sesuai untuk menjual cenderhati untuk dibawa pulang bersama, termasuklah saya terjebak dalam modus operandi diorang ini. Saya mencari sesuatu yang istimewa untuk diberikan kepada sahabat-sahabat saya di dalam Persatuan Eksplorasi Malaysia yang saya terajui sehingga kini. Untuk isteri dan anak tersayang, saya belikan t shirt Thailand untuk mereka berdua.

Saya sebenarnya telah menukar rancangan saya dari untuk ke Krabi hari ini dengan menuju ke Satun atas sebab-sebab yang tertentu yang tidak dapat saya elakkan. Tiket telah ada di tangan dan sambil menunggu waktu berlepasnya saya ke Satun, sempat juga saya mengurut tapak kaki di Hat Yai ini. Memang terbaiklah 'brader' ini urut kaki saya. Selama sejam saya hanya membayar 250Bath sahaja. Harga dan perkhidmatan yang amat berbaloi.
-----------------------------------------------------<@
Sekarang ini saya di dalam van sedang dalam perjalanan ke Satun. Van besar, orang penuh, berhawa dingin dan laju. Duduk pula di depan sebelah pemandu menambahkan lagi keterujaan saya. Untuk pengetahuan semua, jarak Hat Yai ke Satun adalah sejauh 95km iaitu lebih kurang sama jarak dari Kuala Selangor ke kampung halaman saya di Teluk Intan. Van ini berlepas dari perhentian van daerah Songkhla Hatyai dan paling bagus banyak perkhidmatan van untuk ke tempat-tempat lain juga. Krabi boleh, Phatalung, dan banyak lagi la. Kalau rasa malas nak guna ejen terus jer ke sini naik tut tut lepas itu pandai-pandailah anda berdiplomasi dalam bahasa ayam itik bersama tukang jual tiket, pemandu van dan orang ramai. Saya ke sini dengan menaiki motor penghantar dari Hat Yai, salah satu cara pengangkutan di Hat Yai atau lebih tepat di Thailand ini. Setiap penunggang motorsikal ini adalah berlesen dan mereka memakai jaket yang berwarna kuning, oren dan memang mudah untuk dikenali. Helmet? Tidak perlu untuk pembonceng, hanya yang menunggang sahaja perlu memakai helmet. Pembonceng? Boleh sampai 2 orang sekali di belakang. Memang terbaik.

Cuaca sekarang hujan setelah cerah 2 hari yang lepas. Pemandangan di kiri dan kanan dipenuhi dengan rumah-rumah kampung, kebun penduduk tempatan dan yang klise tentang Thailand adalah wayar kabel elektrik diorang ini sememangnya serabut. Jalanraya di sini memang selesa dan lebar. Boleh dikatakan terbaiklah.

Setakat ini dulu tulisan saya di dalam van ini, saya nak hayati perjalanan dulu sehingga ke jeti Tammalang. Nanti saya kisahkan lagi apa yang saya buat setelah tiba di Satun.
---------------------------<@
Sudah 3 tahun saya tidak jejakan kaki di Pulau ini. Dahulu saya pernah bermastautin di sini selama 5 tahun dan pernah bercita-cita untuk tinggal lebih lama di sini. Tapi mungkin sudah direncanakan tidak begitu dan juga telah direncanakan juga untuk saya menjejakan kaki di sini semula walau hanya seketika sahaja. Dahulu tempat saya menulis ini menjadi tempat saya melepakkan diri bersama isteri tersayang jika kami berdua tidak bertugas pada hari yang sama. Tugas saya di sini dahulu memang sibuk. Keluar kerja awal pagi Ahad, pulang rumah lewat hari Khamis. Jumaat cuti, Sabtu buat persediaan semula untuk masuk bertugas pada hari Ahad. Rutin yang saya lakukan selama 5 tahun di pulau ini.

Saya masih teringat damainya suasana di Pulau Tuba, tapak khemah di Pualu Tiloi@Bunga, lepak rumah Abang P dekat Teluk Berembang, tengok matahari terbenam di kawasan Pantai Batu Reban di Selat Bagan serta berada di atas kapal Reef 1 untuk aktiviti tali bersama peserta-peserta saya. Tapi kini saya bergerak secara solo untuk kerja saya yang satu-satunya ini.

Pulau Langkawi, memang namanya pun sudah gah didengar. Ada yang panggil Pulau Lagenda disebabkan oleh satu kisah yang amat diketahui umum, Mahsuri dan ada juga yang panggil pulau ini sebagai Pulau Mahsuri. Setelah tamat 7 keturunan sumpahan Mahsuri, Langkawi membangun sehinggalah sekarang ianya menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Tadi saya tamatkan penulisan saya di jalanraya menuju ke Satun. Sebenarnya itulah rancangan saya pada hari ini. Mempelejari selok belok perjalanan dari Hat Yai ke Satun seterusnya ke Pulau Langkawi atau Koh Langkawi. Koh bermaksud pulau dalam bahasa Siam.

Boleh dikatakan perjalanan ke jeti Tammalang dan ada yang menyebutnya Tam Malang (malang betul si Tam ni) memang menarik perhatian saya. Saya menempuh pelbagai kampung dengan pelbagai nama yang satu pun saya tidak boleh ingat. Van saya naiki ini memang laju dan dia menghantar semua penumpangnya di lokasi yang diminta termasuklah saya yang ingin terus ke Tammalang ini. Tepat pada masa dan ketikanya.

Pekan Satun ini sama seperti pekan-pekan di daerah utara Malaysia atau di Kelantan. Tiada apa yang menarik minat saya untuk bermalam di sini. Yang pasti ramai penduduk di sini adalah Muslim dan saya juga boleh lihat masjid di sini besar-besar belaka. Sekolah-sekolah pondok dan tahfiz juga banyak di sini menunjukan ianya adalah sebuah pusat penyebaran agama Islam di rantau Selatan Thai termasuklah seperti Yala dan Narathiwat.

Saya tiba di jeti Tammalang tepat jam 1330 dan sama waktu dengan perlepasan feri ke Langkawi. Setelah memeriksa passport di Kastam Thailand saya terus masuk ke dalam feri menuju ke Langkawi. Oh ye sebelum terlupa, 'brader' yang memandu van ini sombong sikit, orang ucap terima kasih dalam bahasa dia pun muka macam jeruk ja. Mungkin dia tak pandai nak sebut sama-sama dalam bahasa Melayu or Inggeris kot. Apa-apa ajerlah 'brader', janji gua sampai Tammalang dan lu boleh pulang ke Hat Yai dengan selamat dan jayanya.

Perjalanan selama 1 jam di dalam feri menuju ke Langkawi saya rasakan amat perlahan diakibatkan oleh kerana tiada penghawa dingin di dalam feri yang berharga 300Bath ini. Macam inilah perkhidmatan yang masih di kelas ketiga yang ditawarkan oleh 2 negara berjiran ini. Bukan nak boikot hanya cuba untuk memperbaiki situasi.

Pernah dengar mengenai Taratao Island atau Koh Taratao? Bahasa kita ini orang sebut Pulau Taratao la. Ianya adalah sebuah Taman Negara dan lebih tepat sebuah pulau yang pernah menjadi set pengambaran untuk siri realiti Survivor yang amat popular satu masa dahulu. Kalau di Malaysia pernah dibuat di Pulau Tiga, Sabah. Feri yang menuju ke Langkawi akan lalu melintasi pulau yang indah ini dan semasa memandang ke arah pulau itu, saya bercita-cita untuk bermalam di sana pada satu masa nanti.

Begitulah serba sedikit nukilan dan catatan pengalaman saya semasa berada di Hat Yai walaupun hanya satu malam. Niat di hati memang mahu tingg lebih lama lagi di negara orang, tetapi atas sebab yang tidak dapat saya elakkan rancangan tersebut perlu saya batalkan.

InsyaAllah pasti satu hari nanti saya akan berjaya juga untuk tiba di Krabi, Ao Nang, Suratthani dan Koh Samui dengan izin Allah hendaknya.

Saya bercadang untuk menulis lebih banyak lagi perkara seperti ini di masa akan datang. Adakah saya boleh menjadi seorang penulis 'travellog'?

Tamat kisah Hat Yai yang tidak tamat pengembaraannya...

Backpackers Trip ke Hat Yai - part I

Salam semua, semasa sedang menulis entri ini saya sedang berada di dalam 'tren' dari KL Sentral menuju ke Hat Yai. Baru je kejap ni brader jual makanan melintas, rasa macam nak makan, tapi pasti mahal. Dah lama tak kena nasi kandar kat stesen Bukit Mertajam. Satu lokasi wajib untuk berhenti kepada mereka yang menaiki 'tren' ke arah utara ni sebab 'tren' akan terus ke Btterworth kemudian berpatah balik ke Bukit Mertajam, jadi adalah masas untuk anda semua berhenti di sini untuk makan.

Berbalik pada perjalanan saya pada kali ini, dalam tiket tulis mungkin akan sampai dalam jam 0920 pagi tapi waktu Thailand sejam awal dari Malaysia... Ermmm jadi saya ini mungkin akan sampai pada jam 1020 waktu Malaysia.

Diperhatikan di dalam 'tren' ini banyak juga orang yang menuju ke sana, mungkin disebabkan cuti sekolah la kot yer! Saya dah lama berperancangan untuk ke negara gajah putih ini cuma hanya sekarang ini sahaja dapat direalisasikan. Sahabt saya Syafiq akan menunggu saya di Hat Yai nanti dan perancangannya dia akan membawa saya memusing-musing di Hat Yai sebelum saya meneruskan perjalanan ke Krabi pada tarikh 13hb, sam tarikh Malaysia menentang Thailand di Bangkok... Jiwa sudah berbelah bahagi... Bangkok atau Krabi... Kalau Bangkok leh tengok bola sekali...

Di dalam 'tren' ini tidak banyak yang dapat saya buat selain membaca, menulis dan mengelamun. Akan saya sambung kisah perjalanan saya ini keesokan hari, jika berkesempatan... InsyaAllah...

Tamat kisah 10 Disember dan akan bersambung kemudian...
-------------------------------<@
Jam menunjukan 0524 dan saya masih di dalam 'tren' dan sedang menghampiri stesen Taiping. Taiping? Almaknanya masih jauh lagilah Bukit Mertajam dan masih jauh jugalah Hat Yai ni. Apalah yang lambat sangat keretapi ni. Waktu ini saya baru sahaja habis pekena seketul hot dog di kantin di dalam 'tren' ini. Perut dah memulas disebabkan menunggu stesen Bukit Mertajamlah ni.

Saya sebenarnya telah terjaga dari lena akibat dari suhu yang sangat sejuk di dalam koc L7 itu sehinggakan mat salleh yang negaranya sejuk pun komplain, kenapa sejuk sangat di dalam koc itu? Dan dengan selamba juga pegawai KTMB menjawab 'saya sudah turunkan suhu sejam yang lepas'... Turunkan suhu? Bukan ker patut naikan suhu supaya lebih 'warm' sikit.

Saya perhatikan dari setiap stesen, kebanyakan stesen sebelah utara ini sedang mengalami proses pengubahsuaian yang amat drastik. Bagus... Inilah pembangunan dan kemajuan. Kesemuanya dibina bangunan yang baru menggantikan yang lama. Bangunan baru bagus juga, tapi kalau leh kekalkan bangunan lama lagi cantik. Warisan negara harus dikekalkan. Tidak berapa nak nampak sangat keadaan sekeliling sebab masih gelap, baru jam 0531 chor!

Nanti saya sambung lagi setelah tiba di Bukit Mertajam or Padang Besar ataupun Hat Yai nanti. Layan teh O dulu pun cun gak ni.

1156 pagi, saya masih di stesen KTMB Padang Besar baru sahaja lepas menjamah sarapan sekali dengan makan tengahari. Apa kata orang putih, brunch, ntahlah apa-apa ajelah. Saya juga terasa macam sangat kerugian kerana tidak menukar banyak matawang Bath di KL Sentral semalam. Makcik tu tadi datang offer, 'dik tukar wang dik. RM100 adik dapat 990bath. Macam mahal jer... Semalam aku dapat tukar RM101.50 dapat aku 1000bath. Ntah mana yang mahal atau murah pun aku tak berapa nak fasih. Nanti aku kakulatorkan balik.

Terkenang kembali sewaktu di dalam tren sebelum tiba di Padang Besar, sempadan antara Malaysia dan Thailand ini, saya menjamah sektul hot dog dan secawan teh O kosong di dalam 'tren' dengan harga RM6.00. Aduh memang tak dinafikan makanan di dalam 'tren' sememangnya mahal. Kisah makanan yang mahal itu saya ingat sudah tamat setibanya saya di Padang Besar ini. Tetapi lagi sekali tuan kedai makan yang kedainya ada di stesen ini menghentam saya sebanyak RM10.00 untuk sepinggan nasi putih, ikan kembung goreng size S, kerang sikit, telur puyuh 3 biji dan setin air. Rasa macam nak pulang balik jer kat tokei kedai, tapi itulah orang tua-tua pesan, rezeki jangan berkira, mahal ker murah bayar je lah. Jadi ini adalah ingatan kepada sesiapa yang membaca entri ini, nak makan kat sini jaga-jaga. Harapan saya agar makanan di Hat Yai adalah seperti yang dikhabarkan oleh ramai orang. Murah dan sedap.

Sekilas teringat perjalanan 'tren' yang boleh dikategorikan sebagai amat lambat sekali dan saya sudah 3 jam lewat dari jadual asalnya untuk tiba di Hat Yai pada jam 0920 pagi tadi. Dalam ngantuk awal jam 4 tadinsaya masih lagi dapat menangkap tulisan di stesen yang tertera Ipoh. Ha? Jam 4 pagi masih lagi di Ipoh dan saya sudah menjangkakan kelewatan 'tren' ini dari peristiwa yang sesingkat itu.

Sesudah itu saya yang hanya berseluar katok (backpackers style lah sangat) mulai merasa sangat sejuk dengan suhu di dalam koc yang saya duduki itu. Dengan berkeputusan sepantas kilat, saya keluar dan duduk di kawasan yang lebih terbuka dan panas. Sehingga ke jam 6 pagi saya menuju ke kafe untuk menjamah sedikit makanan dan itulah hot dog yang mahal saya ceritakan sebentar tadi.

'Tren' ini berhenti lama di Alor Setar dan ini memberi peluang kepada saya untuk keluar dan meregangkan badan serba sedikit. Dah naik kematu punggung dan tegang segala urat-urat dibadan saya ini.

Dan sekarang saya masih di tepi landasan stesen Padang Besar menunggu 'tren' seterusnya ke Hat Yai. Tunggu je la apa nak jadi lepas ini. Harap-harap semuanya akan okay.
-----------------------<@
Perjalanan dari Padang Besar ke Hat Yai mengambil masa selama 45 minit. Hanya dua gerabak sahaja yang menuju ke Hat Yai dan selebihnya ditinggalkan di Padang Besar.

Stesen keretapi Hat Yai atau Hat Yai Junction in tidak terlau besar tetapi ramai penjual-penjual makanan berada di kaki lima stesen. Tidak kurang juga ulat-ulat agen pelancongan. Yang cuba mencari pelanggan di dalam 'tren'.

Sekarang saya berada di Samila Beach, Songkhla, salah satu daerah di selatan Thailand ini. Dalam perjalanan menaiki motor bersama sahabat saya Syafiq itu saya dapati lebih ramai Muslim di daerah Songkhla ini berbanding dengan Hat Yai. Ini mungkin disebabkan oleh geografinya yang hampir dengan Pattani. Satu pengalaman yang susah nak tengok di mana-mana.

Sebelum itu saya ceritakan sedikit tentang Hat Yai. Ia adlaah sebuah pekan di dalam daerah selatan Thailand atau lebih hampir dengan Songkhla Province dan menjadi tumpuan pelancong yang kebanyaaknnya dari Malaysia. Hat Yai menjadi tumpuan bukan kerana lokasinya yang menarik pada pandangan saya, tetapi aktiviti sosial dan malamnya yang menjanjikan sesuatu yang membahagiakan sesiapa sahaja.

Amaran... Ramai ulat-ulat atau lebih tepat lagi bapak ayam yang akan menyapa anda semasa anda melintasi kawasan tumpuan iaitu di sekitar kawasan Lee Garden Plaza dan Pink Lady Hotel.

Kejadian yang baru berlaku kepada saya di mana seorang 'brader' yang boleh berbahasa Melayu menyapa saya dan mempromosikan tempat 'tiger show' yang dikatakan hanya 5 minit dari kawasan Lee Garden itu. Dngan hanya bayaran sebanyak 450Bath anda boleh untuk menikmati hidangan mata yang serba hanyut dan khayal itu. Tetapi saya menolaknya dengan alasan saya sedang menuju ke Songkhla bersama seorang sahabat.

Di Songkhla tiada lain tujuan saya adalah untuk melihat patung ikan duyunh emas yang ada di Pantai Samila itu. Kawasan itu memang terlalu ramai orang dan ianya amat sesuai menjadi kawasan perkelahan untuk sekeluarga. Kami pulang ke Hat Yai dengan menaiki motor dan inilah pertama kali selepas 8 tahun saya menaiki motor pada jarak yang amat jauh. Terasa kebas seluruh tubuh badan ini.

Malam di Hat Yai memang boleh dikatakan sangat meriah. Saya berkesempatan untuk makan malam di gerai tepi jalan yang peniaganya adalah Muslim. Banyak makanan yang boleh kita nikmati disepanjang jalan hadapan Lee Garden Plaza ini. Suasana amat meriah dengan ramai pelancong yang terdiri dari pelbagai bangsa dan boleh dikatakan majoriti pelancong yang datang ke sini adalah dari Malaysia. Dan saya sempat bersembang dengan satu keluarga Cina yang datangnya dari Malaysia. Yang lebih bestnya, kami duduk semeja lagi.

Teh tarik ais dan teh tarik Had Yai memang kelas. Dengan harga hanya 20Bath segelas ianya memang amat berbaloi. Sepinggan nasi goreng 'seafood' dijual dengan harga 50Bath dan ini sudah cukup untk mengenyangkan saya pada malam ini.

Saya dan Syafiq mengambil masa seketika melepakan diri di tangga Lee Garden setelah perut penuh. Dengan perbincangan singkat kami berkeputusan untuk mernda Bandar Hat Yai dengan motor. Banyak perkara boleh dilihat semasa di dalam perjalanan kami itu. Ada yang baik dan ada yang tidak baik. Kami disapa lagi bapa ayam yang kali ini memberi tawarn untuk membawa kami ke 'sexy show' atau lebih mudah 'tiger show' dengan menaiki tut tut. Kami menolak dengan baik, tapi kalau nak tahu mereka ini memang tidak pernah berputus asa. Tidak dapat bawa kami ke tempat yang dimaksudkan tadi ditawarkan pula wanita Thai untuk dibuat peneman. Pada pandangan saya, mereka memang sesungguhnya tidak akan berputus asa, tetapi kita harus bijak menolak tawarn tersebut dengan sopan. Jangan sesekali bertanyakan lebih berkaitan perkara-perkara itu, kelak anda akan terjebak lebih jauh.

Sesungguhnya pada perjalanan hari pertama saya ini, saya rasa sangat bersyukur kerana negara kita masih lagi tidak terlalu terbuka untuk perkara seperti ini serta dengan usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pengawasan dan kawalan gejala seperti ini amat sedikit berlaku di Malaysia.

Esok saya akan ke Krabi pada jam 1230 (waktu Thailand) dan saya akan mengembara berseorangan atas sebab-sebab tertentu yang dimana Syafiq akan pulang ke Pendang atas urusan peribadi. Akan saya tuliskan pengalaman saya mengembara berseorangan dari Hat Yai ke Krabi seterusnya pulang balik ke Malaysia.

------------------------------------------<@

Monday, 3 December 2012

Gunung Batu Puteh

*Air Terjun Anaconda
Pasti ada yang akan tertanya di mana lokasi air terjun ini. Baiklah pada entri kali ini, akan saya ceritakan berkaitan dengan Gunung Batu Puteh untuk tatapan kepada mereka yang ingin mendaki gunung ini buat pertama kalinya.

Gunung Batu Puteh ini saya kategorikan sebagai gunung latihan dan juga ia adalah gunung kegemaran saya selama saya mendaki ini.

Berketinggian 6,993 dan ada yang nyatakan 6,994 kaki dari aras laut, gunung ini terletak di dalam kawasan hutan simpan Bukit Tapah. Ianya terletak di dalam pekan kecil Tapah, Perak. Gunung ini disenaraikan di dalam gunung-gunung yang perlu daki (must go: istilah sahabat saya) dan  ia adalah gunung ke-8 tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Untuk ke kaki gunung ini amat mudah, anda hanya perlu memandu kenderaan menuju ke Hutan Lipur Kuala Woh dan teruskan perjalanan anda sehingga ke empangan Woh. Di sini anda boleh memarkir kereta kemudian meneruskan perjalanan sehingga ke puncak (mendaki la ye!). Pastikan anda membawa bersama pemandu arah yang bertauliah untuk sampai hingga ke puncak gunung ini. Laluan baru menuju ke Puncak Batu Puteh (baru  bagi orang kita, tidak bagi orang asli) iaitu melalui Pos Musoh / Kampung Kuala Bot. Laluan ini akan membawa pendaki melalui Puncak Dara dan juga puncak Gunung Batu Bujang sebelum tiba di Puncak Gunung Batu Puteh.

*Empangan Woh
Berikut saya sediakan log perjalanan untuk sesiapa yang ingin mendaki Gunung Batu Puteh melalui laluan Empangan Woh.

Hari Pertama: mulakan pendakian anda di kawasan Empangan Woh di mana terdapat kampung orang asli di sini. Gunakan laluan konkrit yang telah dibina untuk kemudahan keluar masuk suku Semai yang tinggal di dalam hutan Bukit Tapah ini. Bermula dari EW anda akan pertama menuju ke CP Sungai Telom iaitu pertembungan di antara Sungai Telom dan Sungai Woh. Perjalanan melalui lereng bukit dan tepi sungai selama lebih kurang 1 jam. Sila pastikan anda memasuki simpang yang betul sebelum tiba di Sungai Telom.

*Sungai Telom
Setibanya di Sungai Telom, ambil masa untuk berehat sebentar dengan membasahkan muka di sungai yang airnya sejuk dan jernih ini. Anda akan dapat melihat pertembungan sungai ini dan terdapat satu dataran kecil di tengah-tengah yang nampak seperti sebuah pulau dan pastikan anda menghala ke pulau ini. Jika anda terus menyeberangi sungai ini ke daratan yang lagi satu, anda pasti akan tiba di Lubuk Degong, Bidor dan bolehlah terus mendaki ke Gunung Bar Gading (maknanya salah jalan la tu. Bar Gading betul, Batu Puteh salah). Anda akan terus mengikut rentis yang sedia ada dan akan melalui satu kawasan tebing sungai yang curam. Sungai ada disebelah kanan anda semasa proses melintas ini berlaku. Setelah itu anda hanya perlu meneruskan perjalanan melalui kawasan yang berbuluh sebelum tiba di kaki Bukit Pacak yang akan membawa anda ke Kem Sungai Y. Untuk sampai ke KSY anda perlu melintasi dua (2) buah puncak bukit yang tak berapa nak tinggi tapi memenatkan. Tambah memenatkan lagi dengan pokok buluhnya yang kadang-kadang akan menutupi rentis dan anda terpaksa merangkak untuk melaluinya.

*Kem Sungai Y
Lebih kurang 1 - 2 jam perjalanan dari Sungai Telom anda akan menemui sebatang sungai yang bertembung seperti huruf Y dan ianya ter;etak disebelah kanan anda. Anda semakin hampir dengan Kem Sungai Y. Sungainya kecil tapi cukup untuk menyegarkan tubuh yang kelesuan. Berehatlah seketika di sini kerana perjalanan selepas ini adalah lebih mencabar dan teruk.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Balak pastikan anda mengisi air minuman untuk kegunaan sepanjang perjalanan nanti. Anda juga dinasihati untuk membawa sedikit bekalan air untuk memasak kerana tiada sumber air sehingga anda tiba di Kem Balak.

*Kem Balak I
Perjalanan ke Kem Balak kali ini lebih mencabar dengan anda perlu untuk mendaki laluan yang curam sehingga ke Kem Balak. Sebelum anda tiba di Kem Balak terdapat satu tapak perkhemahan yang rata dan ramai yang memanggilnya dengan Kem Balak I - tiada sumber air di sini cuma tanahnya rata serta mampu menampung sehingga 20 orang (rapat-rapat la chor!!!) pada satu-satu masa kalau terdesak.

Setelah berehat sebentar di sini teruskanlah perjalanan anda sehingga anda tiba di Kem Balak yang memakan masa selama 1 - 2 jam dari Kem Balak I ini. Perjalanan akan bertambah mudah jika anda semakin hampir dengan Kem Balak. Untuk mengenal kem ini amat mudah; anda akan dapat melihat balak besar yang merintangi laluan dan kawasan ia juga luas. Kem Balak boleh menampun sehingga 30 - 40 orang dalam satu-satu masa, tapi saya pernah terjebak di kem ini dengan jumlah peserta seramai 90 orang + jurupandu-jurupandu yang ada 10 orang. Malam itu kami semua memang macam sardin cap ayam di Kem Balak ini. Sumber air di kem ini berada lebih kurang 2 minit dari tapak khemah. Anda hanya perlu berjalan mengikut rentis turun ke anak sungai. Rentis sebelah kanan jika anda menghadap ke arah hadapan rentis daripada mana anda bermula.
*Kem Balak - bawah fly

*Gua Azan 
Anda boleh memilih untuk tidur di sini atau meneruskan perjalanan ke Gua Azan - satu tapak perkhemahan yang berada di kawasan gua dan mempunyai sumber air yang keluar dari batu. Perjalanan ke Gua Azan hanya mengambil masa selama 1 1/2 jam dari Kem Balak. Setelah mendaki anda akan bertemu dengan satu simpang di sebelah kiri anda. Ambil simpang ini dan terus menyusur rentis sehingga ke Gua Azan. Sumber air di Gua Azan ini terdapat di bahagian bawah gua. Pandang ke arah gua, ambil rentis kiri sehingga anda bertemu dengan sumber air di bawah batu di sebelah kanan anda. AMARAN!!! Air boleh digunakan untuk mandi, memasak, membasuh, wudhu dan sebagainya, tapi tidak sama sekali dibenarkan untuk membasuh di kawasan air tersebut, jangan menggunakan sabun di kawasan tersebut. Kalau nak bersabun juga sila ke bahagian bawah lagi atau keluar dari kawasan batu itu. Ini adalah bagi menjaga kecantikan dan kebersihan air tersebut untuk kegunaan pendaki dan juga orang-orang sekeliling.

Bermalamlah anda di Gua Azan sebelum meneruskan perjalan untuk hari esok.

*KRC - mendaki tangga kayu. Sebelah kanan adalah gaung
Hari Kedua: Untuk ke Puncak Batu Puteh sila ambil laluan di sebelah kanan gua (rentis ini menaik ke atas. Rentis semalam menurun ke bawah) dan anda akan bertemu dengan simpang 3. Sila ambil laluan kiri untuk ke puncak Gunung Kak. Laluan kanan akan membawa anda ke simpang gua yang semalam anda lalui dan inilah jalan untuk anda pulang esok harinya - short cut. Dari simpang ini untuk menuju ke Gunung Kak akan mengambil masa selama 1 - 1 1/2 jam sahaja. Sebelum tiba di Gunung Kak @ Kem Permatang anda akan melalui satu kawasan yang saya namakan sebagai KRC (Killing Rock Center). Dari KRC ke Gunung Kak hanya mengambil masa selama 5 - 10 minit sahaja.
*Kem Permatang / Gunung Kak
Dari Kem Permatang / Gunung Kak anda hanya perlu menyusuri rentis yang ada dan menuju ke Kem Anaconda (sumber air sebelum ke puncak). Perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam dari Kem Permatang. Dari Kem Permatang anda akan dapat melihat Puncak Gunung Kak, Gunung Batu Lintang dan juga Gunung Batu Puteh. Untuk mendaki Gunung Kak anda perlu memanjat tangga kayu yang ada di situ. Puncak Gunung Kak dan Kem Permatang hanya 2 minit perjalanan sahaja.

*Kem Anaconda (LWP)
Untuk mengambil air di Kem Anaconda ini anda perlu turun ke bawah mengikut rentis di sebelah kiri tapak perkhemahan. Perjalanan turun mengambil masa selama 5 minit dan ianya sangat-sangatlah curam sehingga mencapai 80 darjah kecuraman. Dan disebabkan itu juga ianya digelar Air Terjun Nak Terbunuh. Gambar air terjun tersebut adalah yang saya letakkan di atas sekali. Tapak perkhemahan Kem Anaconda ini boleh memuatkan seramai 30 orang dalam satu-satu masa.

Biasanya ramai pendaki akan makan tengahari di sini dan akan memikul air sehingga ke puncak untuk kegunaan makan malam dan sarapan keesokan harinya. Ada juga kumpulan pendaki yang akan turun semula ke sini untuk bermalam atau terus ke Kem Permatang. Perjalanan adalah terpulang kepada pendaki dan kehendak masing-masing.

Perjalanan diteruskan sehingga ke puncak dengan mengikut rentis yang tersedia ada. Jangka masa perjalanan bagi yang laju adalah selama 1 jam dan paling lambat 3 jam anda pasti tiba di puncak Gunung Batu Puteh. Rentis ke puncak sangat cantik dengan terdapat banyak pokok-pokok hutan gunung (montane) dan juga lumut-lumut (mossy)yang menghijau. Jika anda terlihat trig point maknanya anda telah tiba di puncak Batu Puteh dan sedang berada pada ketinggian 6,993 kaki dari aras laut.
*Puncak Gunung Batu Puteh

Di puncak anda dapat melihat keseluruhan Banjaran Titiwangsa yang mengujur megah di bumi Malaysia. Anda pasti dapat meneka yang mana satu Gunung Korbu, Gayung, Yong Belar, Chabang, Suku, Irau, Brinchang, Yong Yap dan banyak lagi.

Hari Ketiga: perjalan turun melalui rentis yang sama sehingga Empangan Woh. Perjalanan mengambil masa selama 8 - 10 jam dari puncak ke empangan.
---------------------------------<@
Untuk pengetahuan saudara/i pembaca sekalian, saya telah mendaki gunung ini sejak dari tahun 2000 sehingga kini, tetapi masih banyak yang ingin saya jelajahi dan pelajari daripada gunung ini.

Syukur ke atas kurniaan Ilahi di atas segala tanah, air, gunung, langit, tumbuhan dan segalanya yang diberikan kepada kita, untuk kita sama-sama menghayati dan mempelajari setiap sudut yang tersedia ada.

Tuesday, 20 November 2012

Kurindukan Ini...

Tak perlu nak tanya apa-apa kenapa gambar sahaja pada entri kali ini. Ini menunjukan saya rindu untuk bersama dengan alam, bersama dengan sahabat-sahabat dan bersama dengan jiwa.

*Rindu bersama isteri tercinta untuk mendaki - Gunung Kinabalu
*Permatang Gunung Chabang
*dari kiri: NUAR, AYAHANDA, SAYA, LIE DAN BIB

*di Bukit Good Morning perjalanan ke Puncak Chabang
*dari kiri: KAMAL, B, PEAWUD, SAYA, AISYAH DAN KOCHOT

*Kampung Orang Asli - Kampung Atap (pertengahan laluan Gopeng - Cameron)
*dari kanan: WAWA, AJIP, BIE DAN PEAWUD

*Sungai Penjalin - Gopeng - Cameron
*dari kiri: AJIP, WAWA, B DAN SAYA

*Malam Ramadhan di Bukit Tabur

*Kem Lebah - Gunung Bujang Melaka
*dari kiri (depan): JANGGUT, WAWA, WAIDA DAN SAYA
*dari kiri (belakang): PEAWUD, ???, NOLLY, FAIZ DAN ANGKEL

*Gunung Liang East

*Pagi di Bukit Tabur


*Puncak Gunung Batu Puteh




*Air Terjun Ceruk Kelian - Gunung Bintang
*dari kiri: WAN, BIB, LEBAI MALANG, ADI DAN SAYA


Nilai Persahabatan

*dari kiri: FAIZ, WAIDA, WAWA, KOCHOT, KECHOT, SAYA & PEAWUD - program intro camp S.A.M UTeM, Cameron Highland, Pahang (16-18/NOV/2012)
Melihat gambar di atas saya terkenang kembali kepada zaman-zaman mulanya saya di dalam bidang mendaki ini. Sekitar tahun 1997 membawa ke tahun 2001 gambar seperti ini jugalah yang sering diabadikan di dalam kamera sahabat-sahabat saya pada masa itu. Senario tetap sama cuma orang di dalam gambar sahaja yang berlainan.

Di antara mereka-mereka di dalam gambar ini adalah mereka yang sentiasa bersama saya selama saya di dalam bidang ini. Saudara saya Kechot ini pertama kali saya jumpa beliau di Teluk Intan. Masa itu dia dan sepupu saya Angah ingin mendaki Gunung Bujang Melaka dan sayalah yang menjadi jurupandu kepada mereka berdua ini. Setelah itu, persahabatan kami kekal sehingga ke hari ini dan insyaAllah akan kekal hingga hujung nyawa nanti.

Bercerita pula tentang Kochot, dia inilah sahabat saya yang saya jumpa di puncak gunung iaitu di Gunung Brinchang pada sekitar tahun 2001 - 2001. Setelah sekian lama tidak bertemu, kami kembali mengangkat beg bersama pada tahun 2010 sehingga ke masa sekarang ini. Banyak kisah yang boleh dikongsikan semasa ketidakbersamaan kami itu.

Faiz adalah anak muda yang mempunyai cita-cita tinggi dan bakal menjadi seorang warga pendidik di Malaysia ini. Pertama kali bertemu pada tahun ??? semasa saya membawa kumpulan Ayahanda (cikgu Yahya, seorang guru dan beliau adalah guru rekreasi saya) mendaki ke Gunung Batu Putih dan peristiwa tersalah jalan dan menunggu selama 3 jam telah mengeratkan kami.

Wawa dan Waida pertama kali saya jumpa di Gunung Yong Yap. Semasa itu saya membawa sekumpulan fasilitator BTN untuk kursus lanjutan mereka ke gunung ini. Memang gadis-gadis yang tabah dan kuat semangat mereka. Peristiwa kesejukan di atas lori semasa perjalanan pulang ke Kem Sungai Pauh itu memang meninggalkan kesan kepada pertemuan kami ini.

Peawud, seorang anggota pasukan keselamatan negara pula saya bertemu semasa saya membawa kumpulan mereka ini ke Gunung Tapis, Pahang. Memang masa itu susah sikit nak berkenan dengan pegawai keselamatan negara ini, tetapi setelah sekian lama berekspedisi bersama, ikatan menjadi semakin erat di antara kami.
-------------------------------------------------<@
Melihat kembali kepada gambar ini saya mula terkenangkan sahabat-sahabat saya yang lama seperti BORGON, AYAHANDA, ANGAH, MAN CORNER, BAD, HEADWIND, SUE, JUE, SHAM, LAN, AMIR, DIN, ELI, IRA, SHASHA (SHAHRIZAN), POONA... mereka-mereka ini ada yang masih berekreasi dan ada juga yang telah lama gantung beg.

Ramai lagi yang saya kenangkan, SHAWN, JANGGUT, B, OTAI, LEMAN, PIKAH, WAN, LIE LENUK, LEBAI MALANG, CIKGU ZAINI, POK MIE, MIE GILOS, BUKHARI, MEL, HABIB, NUAR, SAFRI, ABUYA, APAI, ADI, UJANG, IJAT, GANG2 BODOD, GANG2 RHP... ingatan saya terhadap kalian semua tetap dijiwa walau sudah kurang masa kita bersama.

Antara mereka ini ada yang baru dan ada yang lama... tapi saya anggap semua adalah sama, sahabat saya.
----------------------------------------------------<@@
Menilai persahabatan bagi saya bukan dari segi berapa kerap anda bersama, tetapi adalah berapa kerap anda mengingati sahabat-sahabat anda walau jauh mahu dekat. Kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan selalu saya kongsikan bersama sahabat-sahabat saya yang baru saya kenali supaya menjadi panduan bersama.

Coretan ini sekadar mengingati sahabat-sahabat saya sahaja. Tiada niat apa-apa selain dari itu.


Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Saya telah memuat naik satu program pendakian ke Banjaran Titiwangsa pada hari Selasa yang lepas. Saya menggunakan medium media sosial (FB) untuk mencari beberapa orang pendaki yang ingin bersama saya mengharungi perjalanan yang dijangka selama 7 ke 8 hari itu.

Setelah sehari dimuat naik iklan program itu bole dikatakan mendapat 'respons' yang baik daripada ramai golongan mahu yang ingin pergi dan juga sekadar memberi kata-kata semangat. Saya amat memahami akan senario tersebut jika program itu diiklankan di laman sosial ini.

Pagi ini, setelah selesai memunggah peralatan (saya ada program di Cameron Highland lagi sekali) saya dengan selamba membuka FB milik persatuan dan mendapati iklan berkaitan program titiwangsa tersebut telah tiada lagi.

Soalan-soalan yang berlegar...

1. adakah ini satu konspirasi menjatuhkan persatuan atau lebih tepat diri saya?
2. jika jawapan di atas adalah ya, kenapa?
3. adakah kerana saya ini popular walhal memang tidak langsung popular?
4. adakah konco-konco yang telah hack FB persatuan saya ini?
5. atau memang ianya hilang tanpa dapat dikesan?

Saya hanya redho...

Sebab pagi-pagi lagi saya dah dengar di televisyen berkaitan orang yang diuji ini...

Mereka yang diuji adalah mereka yang sentiasa diingati oleh Allah...

Jadi jangan takut diuji...

Tapi perkara ini tetap menjadi kemusykilan saya hingga kini...

Salam Maal Hijrah 1434...

Sunday, 11 November 2012

Gunung Brinchang

Kali ini saya akan menceritakan berkaitan dengan Gunung Brinchang, puncak 6,666 kaki dari aras laut.

Pada tarikh 10 November 2012 saya membawa sekumpulan pelajar dari UTeM di bawah kumpulan Sekeriteriat Anak Melaka (SAM) untuk mendaki ke Gunung Brinchang. Seramai 36 orang pelajar telah menyertai program tersebut.

Dengan serta merta ingatan saya kembali ke tahun-tahun yang telah berlalu di mana saya teringatkan kembali pengalaman saya mendaki gunung ini dari kali pertama sehinggalah ke hari ini.

Alkisahnya....Gunung Brinchang ini boleh dikatakan sebagai gunung-gunung yang terawal saya daki sejak pembabitan dalam bidang mendaki dan rekreasi luar. Kaki gunung ini terletak di pekan Brinchang (kawasan tadahan air) dan menjadi tarikan kepada pendaki dalam dan luar negara.

Saya memang suka mendaki gunung ini kerana ia adalah lokasi di mana saya boleh mengekalkan stamina walaupun telah lama tidak mendaki pada jangka masa yang lama. Hutan gunung ini adalah jenis 'mossy' iaitu berlumut dan lembab. Tanahnya juga lembut dan sentiasa lembab pada sepanjang tahun. 

Jika mengimbau kembali kenangan kali pertama mendaki gunung ini, ia mungkin satu pengalaman pahit buat saya. Tetapi jika di selami kepada kejadian yang berlaku, ia menjadi satu titik permulaan kepada saya dalam kerjaya sebagai jurulatih rekreasi luar.

Pada tahun 1997, kali pertama saya mendaki gunung ini bersama abang dan kumpulan beliau yang hanya pada masa itu termasuklah saya ini berempat orang sahaja. Setelah melalui perjalanan yang teruk naik ke Cameron Highland melalui jalan Tapah (masa ini tiada jalan Simpang Pulai dibuka - masih dalam pembinaan) dengan bas Regal a.k.a bas nak roboh itu, kami berempat terus berjalan kaki ke Brinchang melalui jalan Parit Fall - Sungai Pauh - Taman Sedia. Pergh... kalau ikutkan hati rasa macam nak hempas2 jer beg yang berat kat belakang ni, tapi demi menghormati orang yang lebih tua, saya meneruskan juga langkah kaki ini walaupun berat.

Setelah tiba di Brinchang, kami semua bersiap sedia dengan segala ration yang akan dibawa naik ke puncak Brinchang. Sambung balik berjalan kaki sehingga ke kaki gunung dan kami berehat sebentar di kawasan anak sungai yang terdapat di situ.

Kepala yang pening disebabkan bas Regal ini masih belum juga mahu reda. Dengan sekali arahan, kami meneruskan pendakian ke puncak Brinchang tepat jam 1000 malam. Perghh.. pengalaman pertama mendaki gunung Brinchang, kena pula waktu malam. Sejuk + hujan + pening + sumpah seranah. Dalam pendakian pada malam hari itu, saya merasakan aktiviti mendaki gunung ini adalah salah satu aktiviti yang membuang masa dan keringat sahaja. Kalau la saya ni berani pada masa itu, dah lama saya turun semula ke pekan Brinchang bekrhemah jer dekat tangki air.

Tepat jam 1 pagi saya bersama kumpulan saya selamat tiba di puncak gunung Brinchang ini. Khemah sedia dinaikkan dan saya terus masuk dan tidur. Pada masa ini, pendaki boleh berkhemah di mana sahaja di kawasan gunung ini tanpa ada halangan daripada Pejabat Hutan Cameron. Tetapi kini senario tesebut sudah tidak ada lagi. Semua perlu kebenaran. Macamkan tanah puncak ini kepunyaan dia saja!!!... sama-sama kongsi la wei!!! Ceh termarah plak...

Nak dijadikan cerita, malam tu hujan turun dengan lebat, khemah yang saya bawa bocor di bahagian bawahnya. Apa lagi, air masuk macam anak sungai la jadinya. Ermmm.... nasib badan. Saya tidur di dalam keadaan yang basah, sejuk dan menyakitkan hati pada malam itu.

Kenapa saya boleh berubah dalam sekelip mata (berubah menjadi pendaki sehingga kini)...

Pada awal pagi setelah melalui detik-detik yang menyeramkan, saya bangun awal. Terlihat di hadapan saya ada satu menara pandang (masih ada sehingga kini). Dengan tanpa berfikir panjang saya menaiki menara tersebut dan terbentanglah pemandangan yang indah di hadapan saya dengan sama naiknya fajar pagi. Saya bersyukur kerana dapat melihat pemandangan seperti ini dari puncak ini.Semenjak dari peristiwa pagi tersebut saya mula menyimpan cita-cita untuk mendaki setiap puncak untuk melihat suasana yang sama.

Namun bukan semua gunung sama. Saya mula mengenali lebih ramai pendaki yang lain. Seperti ayahanda yang banyak mengajar saya dalam bidang ini.

Semakin lama saya mendaki saya mula faham akan beberapa perkara. Antaranya, mendaki bukan kerana puncak, tapi kerana untuk mencari ilmu dan pengalaman. Mendaki bukan kerana minat, tetapi kerana mahu lebih dekat dengan alam. Mendaki bukan kerana mendaki, tetapi mendaki kerana ingin berkongsi dan mendaki bukan kerana diri, tetapi mendaki kerana Ilahi.

Seperti yang saya sering khabarkan kepada rakan-rakan yang masih baru, buangkan niat untuk menawan puncak tetapi tanamkan niat untuk mengenal perjalanan ke puncak.

Dan untuk pengetahuan pembaca entri saya ini, di sini jugalah saya telah membawa kumpulan yang pertama sebagai jurupandu pada tahun 1998. Boleh dikatakan gunung ini adalah tempat pertama saya belajar mengenal gunung, mencari ilmu rekreasi, belajar selok belok menjadi 'guide' dan juga belajar erti persahabatan. Persahabatan yang bermula di gunung insyaAllah akan kekal hingga akhir nanti.

Terima kasih saya untuk kepada mereka-mereka ini:
YUSOF BIN ISHAK
SITI ZAWIYAH BINTI ABU HASAN
MOHAMAD NOOR AZHARI BIN YUSOF
YAHYA BIN LEHAM
CIK MARINA BINTI HAMZAH

Di atas sumbangan ilmu dan segalanya.


*khas kepada adinda-adinda yang setia bersama dalam setiap perjalanan.... teruskan usaha kamu dalam mencari ilmu-ilmu yang ada di dunia ini. Ingat, ilmu harus dituntut.

Monday, 5 November 2012

Log perjalanan / program
27/10 - 04/11 2012

Terasa penat badan ini nak menulis sebenarnya, tetapi dikuatkan juga tangan dan badan ini untuk memberi sesuatu input kepada anda semua.

27/10 saya telah memulakan perjalanan ke Cameron Highland sebagai persediaan menghadapi program St. Joseph International Institution, Singapore. Kesemua sahabat yang menyertai juga tiba bersama pada hari yang sama. Setibanya di Kem Sungai Pauh saya telah membuat keputusan untuk mencari tapak untuk flying fox walhal pada awalnya kami semua perlu ke Gunung Jasar dan Perdah untuk membiasakan diri dengan laluan rentis di sana. Cuaca di Cameron Highland pada bulan 10 & 11 ini boleh dikatakan sejuk daripada biasa dan ianya diselangi dengan hujan lebat. Selesai satu kerja, kami berehat dan saya memberi taklimat program kepada semua sahabat yang hadir ke Kem Sungai Pauh.

28/10 seawal pagi kami semua bersiap sedia untuk mendaki Gunung Jasar & Perdah. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada beberapa rakan krew yang baru membiasakan diri dengan rentis tersebut. Selesai mendaki kami semua pulang ke Kem Sungai Pauh untuk makan tengahari dan berehat. Selang beberapa ketika, saya meneruskan dengan kerja persiapan aktiviti flying fox untuk fasa yang terakhir. Ramai yang mencuba dan ia membolehkan saya untuk membetulkan beberapa perkara yang ralat untuk aktiviti ini. Pada petang hari, peserta kami selamat tiba di Kem Sungai Pauh dan aktiviti mereka yang pertama adalah mendirikan khemah dengan bantuan fasilitator bertugas. Makan malam (nasi ayam) menjadi juadah pertama kami bersama dengan peserta.

29/10 satu kumpulan meneruskan pendakian ke Gunung Berembun dan satu lagi kumpulan melakukan aktiviti flying fox di tapak perkhemahan sebelum meneruskan dengan aktiviti mendaki Gunung Jasar dan Perdah. Peserta dikehendaki untuk menyediakan makan tengahari mereka sendiri semasa dalam pendakian. Sebelah petangnya pula, kumpulan Gunung Berembun pula melakukan aktiviti flying fox. Aktiviti petang peserta di tapak perkhemahan adalah menyalakan unggun api untuk tujuan memanaskan badan. Separuh dari kumpulan menyalakan api dan separuh menyediakan makan malam. Kami melakukan aktiviti navigasi pada malam hari untuk peserta dari SJII ini.

30/10 aktiviti sama seperti semalam. Cuma pada petang hari peserta ini ada aktiviti amazing race di kawasan perkhemahan. BBQ mengambil tempat pada malam hari.

31/10 kami mula check out dari kem Sungai Pauh menuju ke Gua Tempurung untuk aktiviti menjelajah gua. Setibanya di Gua Tempurung kumpulan peserta dibahagi kepada 2; 1 kumpulan masuk gua, 1 kumpulan pergi ke Air Terjun Ulu Geruntum untuk aktiviti abseiling. Peserta semua check in ke Adeline Villa selepas semua aktiviti selesai.

01/11 peserta bertukar aktiviti. 1 kumpulan ke Ulu Geruntum dan 1 kumpulan ke Gua Tempurung. Pada sebelah petang peserta mengikuti aktiviti white water rafting di Sungai Kampar. Malam persembahan diadakan pada waktu malam.

02/11 peserta dari SJII check out dan pulang terus ke Singapura tetapi saya dan sahabat2 saya naik semula ke Cameron Highland untk program bersama dengan Biro Tatanegara Cawangan Melaka. Kami melakukan aktiviti mendaki dari Sungai Pauh ke MARDI.

03/11 peserta BTN dibawa mendaki ke Gunung Brinchang. Mereka melakukan aktiviti BBQ di Kem Sungai Pauh.

04/11 peserta BTN check out dan tugas saya dan sahabat2 selesai.

9/11 ini kami naik semula ke Cameron Highland untuk program yang lebih mencabar lagi.

p/s: badan penat tapi puas....

Monday, 15 October 2012

Outdoor Instructor Engangement Workshop

Minggu ini saya bersama sama dengan ahli MANAGA - Malaysia Nature Guide Association berada di Melaka untuk menghadiri bengkel berkaitan dengan jurulatih rekreasi luar.

Sesuatu yang amat menarik minat saya dalam bengkel ini adalah usaha yang dijalankan oleh pihak MyLEAF dengan kerjasama Standard Malaysia sedang mempersiapkan kertas kerja akhir untuk dibahaskan diperingkat antarabangsa untuk mendapatkan pensijilan ISO untuk jurulatih rekreasi di Malaysia. Satu usaha yang patut mendapat sokongan dari semua penggerak rekreasi luar baik individu, syarikat, persatuan dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

Jika perkara ini berhasil, diharap ianya dapat menjadi satu lagi perkara yang akan menaikkan nilai seorang jurulatih rekreasi luar di Malaysia - bahasa lebih mudahnya, diiktiraf di bumi tanah tumpahnya sendiri termasuk lah saya. Saya juga berharap agar ianya dapat menjadi satu pembuka jalan untuk lebih banyak lagi aktiviti rekreasi di Malaysia ini diiktiraf suapaya ianya dapat dijadikan satu akta yang boleh dikuatkuasakan.

Banyak yang merasakan ini adalah satu tamparan yang hebat kepada kementerian yang berkaitan, tetapi tetap perlu ada organisasi yang merealisasikan perkara ini. Jika kita hanya menunggu kerajaan untuk melaksanakannya, maka rekreasi di Malaysia ini akan kekal dengan stigma dan senario yang sama. Idea lama, orang lama, cara lama.... Saya mengakui perlu ada orang lama dalam semua perkara, tetapi kadang2 orang lama seharusnya sudah mula untuk bergerak selangkah kebelakang dan memberi ruang kepada generasi baru untuk melaksanakan misi untuk memajukan industri rekreasi di Malaysia.

Dengan berkat doa, insyaAllah.

P/S: mula bercadangan untuk melaksanaka satu standard malaysia berkaitan aktiviti mendaki gunung.

Saturday, 6 October 2012

White Water rafting Sungai Sungkai

Saya baru selesai membawa klien ke Sungai Sungkai yang melakukan aktiviti white water rafting di sana. Sungai ini tidaklah ber-gred tinggi sehingga 4 atau 5 tetapi morfologi sungai ini memerlukan kesemua pendayung dan kapten untuk mempunyai teknik serta skill yang tinggi sepanjang 3 jam dayungan.

Sungai ini menjadi sungai kegemaran saya setakat ini dalam kategori teknikal. Walau penat untuk hari ini, terapi insyaAllah tidak lama lagi akan ada stor untuk kami meletakkan raft kami di sini.

Terima kasih kepada semua klien dan juga pengusaha chalet Mengkawan.

Sesiapa yang ingin merasai cabaran sungai Sungkai ini boleh berhubung terus dengan saya. Pasti saya akan membantu anda untuk melaksanakan agenda hujung minggu anda.

Keep on paddling guys!!!

Friday, 5 October 2012

Pendidikan Luar Level Saya...

Hai...
Kali ini saya ingin menulis berkaitan dengan pengalaman saya selain dari menjumpai Hidden Valley minggu lepas. Kali ini entri ini saya akan menceritakan serba sedikit berkaitan dengan kehidupan yang serba ringkas di dalam hutan belantara ini.

Saya rasa kita perlu belajar dengan yang pakar untuk terus hidup di dalam hutan ini jika berlaku sesuatu semasa aktiviti ekspedisi kita. Pada hemat saya, yang paling pakar dalam menjalani kehidupan serba mudah di dalam hutan ini adalah tidak lain tidak bukan, orang asli yang sememangnya asli dari hutan ini.

Orang asli ini terdiri dari 3 kumpulan utama iaitu; Semang atau Negrito, Senooi dan Proto-Malay. Keseluruhan suku kaum asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 18 suku. Saya tidak ingin bercerita banyak mengenai suku-suku asli di sini, apa yang ingin saya tuliskan adalah sesuatu yang telah saya belajar dengan mereka selama 6 jam kami bersama. InsyaAllah akan saya ceritakan sedikit berkaitan kumpulan utama orang asli pada entri akan datang.

Kehidupan mereka memang mudah. Serba serbi adalah mudah. Dari cara mencari rezeki, tempat tinggal, makanan waima hal-hal perkahwinan juga serba serbinya mudah. Orang asli yang aku menuntut dan mempelajari melalui pengamatan ini adalah dari suku Semai iaitu di bawah kumpulan Senooi. Mereka ini adalah suku yang terbesar yang ada di Semenanjung Malaysia ini.

Pelajaran pertama:
Masuk hutan tak perlu bawak banyak-banyak barang macam kita buat untuk naik gunung sampai penuh beg 70 liter tu, tapi habuk pun tadak. Mereka ni yang penting kena ada parang yang tajam, pemetik api dan sedikit bahan pembakar seperti getah tayar atau plastik yang boleh dijadikan 'fire stater''. Kerana pada mereka, api adalah penting di waktu malam untuk keselamatan, parang penting untuk menebas, membuat penempatan, memburu, dsb. Erm... saya rasa nak buat la sekali, survival hanya dengan parang, api dan sedikit bahan pembakar ni. Tengok macam mana huru-haranya hidup saya nanti.

Pelajaran kedua:
Di dalam hutan banyak terdapat sumber makanan. Tidak kira dari tumbuh-tumbuhan mahupun yang hidup di dalam air. Semua yang rasa selamat untuk dimakan boleh dimakan. Terbaik! Kita kalau dekat bandar pucuk paku yang kecil jer kita makan, paling rare pun pucuk paku midin la yang susah sikit nak cari. Tapi dalam hutan ini, pertama kali saya makan pucuk paku yang besar dan rasanya sememangnya amat-amat sedap jika kena gaya masaknya. Selain itu pokok dahan batu juga sedap dibuat sayur katanya.

Pelajaran ketiga:
Takder pinggan, takder sudu, takder gelas tak perlu risau. Guna jer daun pokok pisang untuk buat semua tu. Memang class la geng-geng Semai ini.

Pelajaran keempat:
Kalau bergerak dalam hutan perlu sentiasa waspada dengan apa sahaja yang ada di sekeliling kita. Kerana mungkin bahaya ataupun rezeki datang menyerah diri. Waima pokok bergoyang sekali pun akan diperhati sehingga benar-benar pasti apa yang ada di situ. Kalau bahaya cepat lari, kalau rezeki pun kena cepat berlari. Untuk mengejar...

Pelajaran kelima:
Bab nikah kahwin orang Semai ini pada saya yang paling sempoi pernah saya dengar. Nak tahu, kena bercerita dengan mereka sendiri. Saya ini mungkin tidak berapa nak pandai, tapi tahu serba sedikit. Nak kahwin free pun boleh kata mereka, pandai bodek mak bapak si gadis, pasti sahaja anda menjadi menantu mereka.

Pelajaran keenam:
Orang asli kalau kena dengan gaya layanan dari kita, mereka ini sudi membantu tidak mengira apa pun perkara asalkan kena dengan saguhatinya. InsyaAllah...

Pelajaran terakhir:
Sila lah berbuat baik dengan penduduk kampung asli yang anda kunjungi semasa di dalam pendakian anda. Mereka ini adalah orang yang paling anda boleh percayai berkaitan selok belok hutan jika berlaku sesuatu kepada ahli kumpulan anda. Malahan sekiranya terdapat orang sesat di dalam hutan, pihak berkuasa akan meminta bantuan daripada orang asli juga akhirnya. Jadi apa salah kiranya jika kita berbuat baik dengan mereka ini dan ini akan menaikan lagi nilai anda sebagai seorang penggiat rekreasi di Malaysia ini.

Masih banyak lagi yang saya perlu pelajari daripada mereka ini. Saya juga berhasrat untuk mempelajari bahasa mereka ini dan bekerjasama dalam menjayakan beberapa projek yang telah saya rangka selama ini.

InsyaAllah... tiada gambar untuk paparan anda, hanya tulisan sebagai pengganti pemerhatian serta pengalaman.

Sunday, 30 September 2012

Hidden Valley

Salam semua... Pada yang menantikan penulisan saya berkaitan aktiviti selama di Cameron Highland ini adalah perkara yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini.

Pada entri kali ini beberapa gambar yang saya paparkan akan menceritakan tentang pengalaman saya di Cameron Highland pada kali ini. Setelah berberlas tahun saya mendaki di sini, kali ini semuanya adalah tempat yang baru dan masih lagi kekal bersih dan tidak terusik.
Kawasan lembah yang bersih ini akan dijadikan kawasan perkhemahan yang mengamalkan konsep impak minima pada setiap masa. Kawasan lembah yang kami namakan 'Hidden Valley' ini masih lagi belum pernah diteroka oleh orang kecuali orang asli setempat sahaja. Kawasan yang mempunyai keluasan sehingga mampu memuatkan sehingga seramai 30-50 orang ini mempunyai dua aliran sungai yang bercantum menjadi satu seterusnya sungai ini menjadi sumber air utama kepada punca air terjun yang akan saya ceritakan sebentar kemudian.
Pokok yang unik ini menjadi 'landmark' untuk kawasan perkhemahan lembah ini. Pasti jika anda ke sini, anda akan kagum dengan keunikan pokok ini serta akan mengabdikan kenangan di sini.
 

Sumber air yang di sinimdiyakini bersih dan bebas dari sebarang jangkitan penyakit. Malah ianya adalah lebih bersih dari sumber air yang ditapis di rumah anda.

Kawasan lembah yang dibahagikan kepada dua seksyen. Di sebelah kanan adalah laluan menuju ke kawasan air terjun rahsia dan laluan menuju ke kampung orang asli berdekatan. Perjalanan kami diteruskan lagi sehingga ke satu kawasan air terjun yang terletak lebih kurang 20 minit dari kawasan perkhemahan kami. Gambar di bawah ini adalah air terjun kedua yang terdapat di sini. Air terjun pertama saya tidak sempat untuk menangkap gamabr untuk tatapan anda semua.

Air terjun kedua tidak mempunyai kolam untuk bermandi manda tetapi pemandangannya sungguh indah. Air terjun ini sangat tinggi dan gambar ini hanya menunjukan sebahagiannya sahaja. Saya dana beberapa sahabat mengambil peluang untuk membasahkan muka di sini sebelum menujunke air terjun ketiga yang berada di bahagian bawah dari kawasan ini.
Gambar menunjukan di mana sahabat saya, Kechot sedang berdiri di bawah air terjun yang kami temui semasa eksplorasi ini. Ini adalah air terjun yang ketiga dan yang paling sesuai untuk mandi. Kami menyusuri air sungai ini sehingga bertemu dengan sebuah kawasan batu gelongsor tidak jauh dari air terjun ini.

Pada perancangan seterusnya, saya akan membawa ahli-ahli Persatuan Eksplorasi Malaysia untuk melakukan program perkhemahan di sini pada masa cuti yang akan datang. Biar usai segala urusan penting, kemudian adalah urusan persatuan.

Bawalah diri kamu jauh ke dalam hutan, dan akan kamu temui harta yang bernilai!


Tuesday, 25 September 2012

25/09 - 06/10 2012

Sepatutnya sekarang ini saya berada di Gopeng bersama-sama dengan pelajar dari Singapura ber'outdoor' di sana. Tetapi disebabkan saya sendiri telah tidak sihat dan demam beserta dengan muntah yang tidak berhenti semenjak pagi Ahad, saya pun berkeputusan untuk tidak menghadirkan diri setelah diberitahu kepada pihak yang menganjurkan.

Anak saya juga muntah-muntah dan tidak sihat sejak dari hari Khamis sehingga semalam (Isnin). Isteri saya pula kemalangan jalanraya pada hari Jumaat (habis kereta BKL kami itu menjadi sandwich MRR2)... macam-macam yang telah berlaku pada saya di dalam bulan September ini... ini adalah ingatan dariNya. Ada sebab mengapa semua perkara ini berlaku, dan mengapa ianya berlaku pada waktu-waktu yang begini. Jangan lupa diriNya, kembalikan jalan aku kepadaNya...

Setelah tidak bekerja minggu ini, saya akan menghabiskan masa di pejabat menyiapkan beberapa kerja-kerja 'admin' yang masih tertangguh. Banyak juga kerja saya yang masih tertangguh sebenarnya.

Semalam dapat call dari Paya Indah, minta hadirkan diri untuk bincang beberapa perkara berkaitan program di sana. Tidak boleh katakan tidak. Rezeki! Dan pagi Selasa ini boleh pula si Richard (kawan Canadian aku) mengajak tengok rentis untuk program bulan 11 ni nanti. Nak tak nak terpaksa la aku kata 'okay buddy let's do this' aku kadang-kadang speaking juga beb!... hahahaha... badan memang masih lemah dan aku memerlukan rehat secukupnya, tapi akan daya, inilah rezeki dan mata pencarian aku.

Ada hikmah juga aku tidak ke Gopeng minggu ini... dapat berehat, dapat bersama keluarga sebelum keluar lagi menjalankan tugas (macam nak gi perang la pula).

Saya akan naik ke Cameron Highland pada hari Sabtu  ini dan balik pada hari Selasa selepas selesai urusan bersama si Richard di sana.

Rabu saya ada trip 'white water rafting' di Sungai Sungkai pula bersama NAVY Malaysia. Jumaat dan Sabtu ada trip 'rafting' lagi di Sungai Ulu Selim... pergh!!! padat la jugak.

Jadi masa dari hari ini sehingga hari Jumaat ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan kerja dan menghabiskan masa bersama keluarga saya yang tercinta.

Apa lagi ek??? Peta di JUPEM belum berambil, sebut harga belum hantar adeh... achaner tu... kata si Johan...

InsyaAllah, saya akan kemaskini segala urusan di Cameron beserta gambar semasa di sana untuk bacaan anda semua. Mesti anda kepingin untuk tahu apa yang saya buat selama 4 hari di Cameron itu nanti. InsyaAllah, akan saya tunaikan...