Al-kisah tidak menjadi kenyataanlah trip mendaki Gunung Korbu seperti yang telah saya dan rakan-rakan rancangkan. Mengapa??? Jangan ditanya sebab itu mungkin sudah ketentuan Allah atas apa segala yang berlaku di ata muka bumi ini adalah atas kehendakNya juga....
Lupakan kisah Korbu yang tidak menjadi itu. Ini ada kisah sikit pengganti lara trip tersebut.
 |
*Buat apa la bangunan dengan LOGO ini ada dekat area2 Ipoh ni? Pastu dok sebelah plak dengan istana Raja Muda, confius, confius.... |
Jangan risau kisah ini tiada kena mengena dengan gambar di atas ini dan gambar ini saja je sebagai pemangkin pemikiran. Biar kita berfikir kenapa, apa, bagaimana, bila????
Kami berempat berkeputusan untuk meneruskan trip ke Cameron Highland sebagai pengganti trip yang tidak kesampaian ke Gunung Korbu itu. Dalam perjalanan menuju ke Cameron Highland sempat saya menunjukkan kepada sahabat saya, JK, rupa bentuk Gunung Korbu tersebut. Dengan ayat yang santai dia berkata áduhai, nasib la tak jadi naik... kalau tak'... dan mungkin itu juga penyebab tidak kesampaian hajat kami untuk ke puncak Korbu tersebut.
Macam-macam hal.... Sempat juga kami berhenti di laluan Simpang Pulai - Kampung Raja untuk menikmatik makan tengahari yang telah siap dibeli di Pekan Tanjung Rambutan. Dengan berhamparkan 'poncho' hak kerajaan Malaysia, kami berempat duduk makan sambil menikmati makanan yang tersiap ada...
 |
| *JK & Kochot sedang menikmati pemandangan dari tepi jalanraya |
Perjalanan bersambung semula... kami berhenti lagi di kawasan sempadan Perak - Pahang dan saya menunjukan kepada JK muka rentis untuk Gunung Pass - Yellow. Almaklumla, JK ni sedang bersemangat nak jadi guide katanya. Kalau boleh semua kawasan dia nak terjah!!!
 |
| *happy korang ek... gembira dalam sedih sebenarnya ni... |
Sambung lagi perjalanan sehingga ke Kem Sungai Pauh. Masuk-masuk, penuh dengan manusia- suasana biasa di sini pada hujung minggu. Dan terkenang saya semasa mula-mula menjejakkan kaki ke sini pada 1997, masih kurang orang yang mengetahui mengenai tapak khemah ini, tapi keadaan berbeza sekarang. Survey punya survey, keputusan pun telah diambil, maka terpacaklah rain-fly kami ditapak sebelah rumah hijau itu.
 |
| *hammock baru saya dan rain fly sahabat-sahabat |
Malam... perbincangan mengenai aktiviti untuk 3 hari di Cameron ini... Setelah semua memberi persetujuan, maka kami semua akan mendaki ke Puncak Gunung Jasar serta akan merentis semula rentis lama ke Kampung Sungai Ubi seterusnya ke Ladang Bharat Tea. Hujan ribut pada malam pertama di Cameron Highland tidak langsung saya sedar kerana hammock baru saya ini amat memberi kerjasama. Saya hanya tahu mengenai kejadian itu setelah dimaklum oleh Kochot pada keesokan harinya sahaja.
Perjalanan hari kedua... lihat di gambar dan anda akan tahu ceritanya...
 |
| *manusia bila dah rakus, habis semua tanah nak ditarahnya. Perjalanan kami bermula dari Oly Apartment menuju ke pintu rimba Gunung Jasar. Kelihatan JK, Kochot dan saya jalan seiringan. |
 |
| *memanjat pada pertengahan menuju ke puncak Jasar. JK mendahului. Stamina masih lagi cantik. Kochot dan saya masih tetap sama macam dolu2, maintain di belakang. |
 |
| *beberapa minit sebelum puncak Jasar. JK kepenatan dan gambar ini di ambil dari atas oleh Wawa. Pemandangan sangat cantik dari sisi ini. Tidak percaya? Jom ikut saya... |
 |
| *kita camping nak tak kat sini, macam best jer... tanah lapang, rata... view pun cantik... tapi sebelahnya ada menara talian arus tinggi... ini yang risau nak meneruskan niat berkhemah kat sini ni... hanya seminit sebelum puncak Jasar. Belakang JK dan Kochot boleh diliat pemandangan indah Banjaran Titiwangsa atau nama lainnya Banjaran Besar yang tersergam indah. |
 |
| *yeayyyy... puncak Jasar, walau tidaklah setinggi puncak Korbu. Keindahan alam ciptaan Allah tetap yang terbaik walau dilihat dari mana sudut sekalipun. |
 |
| *JK di puncak Jasar. Bangga dalam penat. |
 |
| *sembang-sembang di puncak Jasar |
 |
| *puncak pertama selepas puncak Jasar menuju ke Kampung Sungai Ubi. Cuaca yang baik untuk hari mendaki yang sangat baik. |
 |
| *pemandangan dari rentis. Nampak ladang teh nun di kejauhan. Mak ai! |
 |
| *view lagi... memang best... |
 |
| *view lagilah! |
 |
| *akhirnya... Kampung Sungai Ubi... juga menjadi laluan utama untuk pendaki ke Gopeng. Laluan dari kampung ini menghubungkan Kampung Sungai Atap, Kampung Ulu Kampar seterusnya ke Pekan Gopeng. Itu dah frekuensi lain... |
 |
| *ladang teh & sayur... nampak airnya sangat cantik... |
 |
| *pemandangan dari Kilang Bharat Tea |
 |
*siapa yang tak rasa nikmat lepas penat berjalan dengan minum teh di sini, memang bukan di frekuensi yang sama lah nampaknya... Apa kata JK? |
Akhiran kisah Korbu tak jadi adalah dengan minum teh di Bharat Tea Shop... layan curry puff, teh halia, strawberry ice blended... memang nikmat...
Untuk melalui pengalaman merentis dan berakhir dengan nikmat minum teh... sila berhubung terus dengan UTEH/KYusree di talian 012 4350530....
Wasalamu