Thursday, 19 September 2013

Pengakhiran Kisah Korbu Yang Tidak Menjadi

Al-kisah tidak menjadi kenyataanlah trip mendaki Gunung Korbu seperti yang telah saya dan rakan-rakan rancangkan. Mengapa??? Jangan ditanya sebab itu mungkin sudah ketentuan Allah atas apa segala yang berlaku di ata muka bumi ini adalah atas kehendakNya juga....

Lupakan kisah Korbu yang tidak menjadi itu. Ini ada kisah sikit pengganti lara trip tersebut.

*Buat apa la bangunan dengan LOGO ini ada dekat area2
Ipoh ni? Pastu dok sebelah plak dengan istana Raja Muda,
confius, confius....
Jangan risau kisah ini tiada kena mengena dengan gambar di atas ini dan gambar ini saja je sebagai pemangkin pemikiran. Biar kita berfikir kenapa, apa, bagaimana, bila????

Kami berempat berkeputusan untuk meneruskan trip ke Cameron Highland sebagai pengganti trip yang tidak kesampaian ke Gunung Korbu itu. Dalam perjalanan menuju ke Cameron Highland sempat saya menunjukkan kepada sahabat saya, JK, rupa bentuk Gunung Korbu tersebut. Dengan ayat yang santai dia berkata áduhai, nasib la tak jadi naik... kalau tak'... dan mungkin itu juga penyebab tidak kesampaian hajat kami untuk ke puncak Korbu tersebut.

Macam-macam hal.... Sempat juga kami berhenti di laluan Simpang Pulai - Kampung Raja untuk menikmatik makan tengahari yang telah siap dibeli di Pekan Tanjung Rambutan. Dengan berhamparkan 'poncho' hak kerajaan Malaysia, kami berempat duduk makan sambil menikmati makanan yang tersiap ada...

*JK & Kochot sedang menikmati pemandangan dari tepi jalanraya
Perjalanan bersambung semula... kami berhenti lagi di kawasan sempadan Perak - Pahang dan saya menunjukan kepada JK muka rentis untuk Gunung Pass - Yellow. Almaklumla, JK ni sedang bersemangat nak jadi guide katanya. Kalau boleh semua kawasan dia nak terjah!!!

*happy korang ek... gembira dalam sedih sebenarnya ni...
Sambung lagi perjalanan sehingga ke Kem Sungai Pauh. Masuk-masuk, penuh dengan manusia- suasana biasa di sini pada hujung minggu. Dan terkenang saya semasa mula-mula menjejakkan kaki ke sini pada 1997, masih kurang orang yang mengetahui mengenai tapak khemah ini, tapi keadaan berbeza sekarang. Survey punya survey, keputusan pun telah diambil, maka terpacaklah rain-fly kami ditapak sebelah rumah hijau itu.

*hammock baru saya dan rain fly sahabat-sahabat
Malam... perbincangan mengenai aktiviti untuk 3 hari di Cameron ini... Setelah semua memberi persetujuan, maka kami semua akan mendaki ke Puncak Gunung Jasar serta akan merentis semula rentis lama ke Kampung Sungai Ubi seterusnya ke Ladang Bharat Tea. Hujan ribut pada malam pertama di Cameron Highland tidak langsung saya sedar kerana hammock baru saya ini amat memberi kerjasama. Saya hanya tahu mengenai kejadian itu setelah dimaklum oleh Kochot pada keesokan harinya sahaja.

Perjalanan hari kedua... lihat di gambar dan anda akan tahu ceritanya...

*manusia bila dah rakus, habis semua tanah nak ditarahnya. Perjalanan kami bermula dari Oly Apartment menuju ke pintu rimba Gunung Jasar. Kelihatan JK, Kochot dan saya jalan seiringan.

*memanjat pada pertengahan menuju ke puncak Jasar. JK mendahului. Stamina masih lagi cantik. Kochot dan saya masih tetap sama macam dolu2, maintain di belakang.

*beberapa minit sebelum puncak Jasar. JK kepenatan dan gambar ini di ambil dari atas oleh Wawa. Pemandangan sangat cantik dari sisi ini. Tidak percaya? Jom ikut saya...

*kita camping nak tak kat sini, macam best jer... tanah lapang, rata... view pun cantik... tapi sebelahnya ada menara talian arus tinggi... ini yang risau nak meneruskan niat berkhemah kat sini ni... hanya seminit sebelum puncak Jasar. Belakang JK dan Kochot boleh diliat pemandangan indah Banjaran Titiwangsa atau nama lainnya Banjaran Besar yang tersergam indah.

*yeayyyy... puncak Jasar, walau tidaklah setinggi puncak Korbu. Keindahan alam ciptaan Allah tetap yang terbaik walau dilihat dari mana sudut sekalipun.

*JK di puncak Jasar. Bangga dalam penat.

*sembang-sembang di puncak Jasar

*puncak pertama selepas puncak Jasar menuju ke Kampung Sungai Ubi. Cuaca yang baik untuk hari mendaki yang sangat baik.

*pemandangan dari rentis. Nampak ladang teh nun di kejauhan. Mak ai!

*view lagi... memang best...

*view lagilah!

*akhirnya... Kampung Sungai Ubi... juga menjadi laluan utama untuk pendaki ke Gopeng. Laluan dari kampung ini menghubungkan Kampung Sungai Atap, Kampung Ulu Kampar seterusnya ke Pekan Gopeng. Itu dah frekuensi lain...

*ladang teh & sayur... nampak airnya sangat cantik...

*pemandangan dari Kilang Bharat Tea


*siapa yang tak rasa nikmat lepas penat berjalan dengan minum teh di sini, memang bukan di frekuensi yang sama lah nampaknya... Apa kata JK?
Akhiran kisah Korbu tak jadi adalah dengan minum teh di Bharat Tea Shop... layan curry puff, teh halia, strawberry ice blended... memang nikmat...

Untuk melalui pengalaman merentis dan berakhir dengan nikmat minum teh... sila berhubung terus dengan UTEH/KYusree di talian 012 4350530....

Wasalamu

Wednesday, 18 September 2013

Kisah Hammock Baru

Salam semua...
Ini kali saya nak story mengenai hammock baru kepunyaan saya ini. Ini adalah sebenarnya 'review' yang mudah khas saya buat untuk semua peminat aktiviti rekreasi luar. Modal untuk mendapatkan hammock ini dan di mana nak dapatkan akan diberitahu diakhiran kisah 'review' ini. Baca dulu sampai habis, kemudian baru tengok harga. 

Lepas itu baru buat perbandingan harga dengan kualiti.

Hammock atau dalam istilah Melayunya disebut sebagai 'sejenis alatan tidur yang dibuat menggunakan material canvas, kain, tali atau sebagainya yang digantung dan diikat di kedua penguhujungnya'.... ada juga yang gelar benda ini sebagai buaian atau endoi.
Hennessy Hammock, diilhamkan oleh Tom Hennessy yang berasal dari Kanada. Jadi pattern barangan ini berasal dari Kanada tetapi dikilangkan di China.

Antara ciri-ciri menarik 'hammock' ini adalah:

1. Berbentuk asimetrik 
2. Kalis serangga - mempunyai kelambu
3. Kalis angin
4. Kalis air 
5. Poket di bahagian dalam 
6. Mudah dipasang dan dibuka

Cara-cara memasang hammock ini amat mudah, semudah 1, 2 dan 3 dan siap.... anda hanya perlu mengikat kedua bahagian hujung tali di mana-mana kawasan yang anda kehendaki. Selepas itu, hanya tarik lapisan penutup (snake skin) ini untuk membuka hammock anda. Selepas itu, setkan 'rain fly' pada kehendak masing-masing. Dah siap, apa lagi.. leh masuk pastu tidur kat dalamnya... Di bawah ini ada beberapa gambar serta penerangan berkaitan dengan hammock yang boleh dikatakan canggih ini...
*hammock yang telah siap diikat pada dua bahagian batang pokok. Rain fly dibahagian atas yang akan melindungi anda daripada hujan serta embun malam.



*pandangan sisi

*device ini dinamakan 'figure of 9' ianya cuma aksesori yang tidak perlu ada untuk hammock anda ini. Tetapi ianya akan menjadi amat çool' jika dipasang bersama. Device ini adalah device yang menegangkan tali tanpa anda perlu menggunakan sebarang ikatan yang sophisticated....

*Snake skin - penutup hammock anda. Keistimewaan benda ini adalah anda boleh membalut atau istilah membungkus hammock anda terlebih dahulu sebelum membuka tali ikatan dan ini akan menghindarkan hammock anda dari terkena tanah. Sama juga semasa memasang, ikat tali dahulu baru buka snake skin ini.

*bukan seluar dalam berjaring tetapi ini adalah poket yang tersedia ada di dalam hammock bagi memudahkan anda untuk menyimpan barangan penting semasa berkhemah - lampu suluh dsb


*sebelum membungkus dengan snake skin - tiada cara tersendiri dan ini adalah cara saya...

*snake skin ditarik untuk menutup hammock

*dan dibungkus di dalam beg ini
Hennessy Hammock ini adalah satu alatan yang pada saya amat berkesan dan berguna untuk semua penggiat rekreasi luar di Malaysia. Anda mungkin pernah menggunakan hammock yang lain dari ini, tetapi sekali anda menggunakan Hennessy Hammock pasti anda akan terus mempercayai kehebatan barangan ini. Menang membeli, menang memakai...

Kos untuk pembelian...
Hennessy Hammock model Expedition RM 550.00 seunit
Snake skin RM 89.00 satu set
Figure of 9 RM 18.00 satu dan harga berlainan mengikut saiz

Jika ada yang berminat, sila berhubung dengan saudara Muaaz Mohamad (klik sahaja) dan jika dia bertanya dari mana anda mengetahui mengenai hammock ini, katakan dari Uteh ORL selepas membaca review di blog saya ini.

Ít's a hammock, it's a tent, it's a chair - it's a super shelter........

'The coolest tent in the world' - Dwell Magazine

Thursday, 12 September 2013

SETELAH SEKIAN LAMA

Setelah hampir separuh tahun tidak menjengah ke blog peribadi saya ini, tergerak untuk menulis sesuatu berkaitan apa yang telah berlaku sepanjang kesunyian saya dan apa yang akan berlaku sehingga penghujung tahun 2013 ini.

Bermula daripada awal tahun banyak ekspedisi serta program yang telah berjaya saya laksanakan bersama klien-klien. Ada yang mendaki gunung, ada yang berkhemah, ada yang berkayak, ada yang berakit arus deras malahan yang melakukan aktiviti santai bersama keluarga juga ada. Satu pengalaman yang masih segar sepanjang tahun sehingga kini ada di mana saya membawa sekumpulan pelajar India dari negara Singapura ke negeri Bawah Bayu, Sabah pada Ogos yang lepas. Ini adalah satu program yang saya boleh katakan sebagai berjaya walaupun dipermulaan program banyak terdapat cacat celanya. Tapi berkat kekuatan yang dikurnia Allah serta sokongan rakan-rakan yang bersama, program itu dikatakan antara yang berjaya dan menarik pernah diikuti oleh sekolah tersebut.

Kalau nak ceritakan kisah duka dan sedih, paling tidak dilupakan adalah tragedi terjatuh daripada 'raft' serta mengalami kecederaan teruk dibahagian lutut sehingga menyebabkan saya terpaksa untuk berehat selama 2 bulan lebih dari melakukan kewajipan saya sebagai 'guide'. Dan selama itulah saya terpaksa duduk di rumah berehat serta mengharapkan bantuan daripada keluarga di sekeliling yang ada.

InsyaAllah bermula daripada entri ini ditulis sehingga ke penghujung tahun ini akan ada beberapa ekspedisi-ekspedisi yang akan saya laksanakan mengikut kehendak klien-klien saya. Antara yang mungkin di'highlight'di sini adalah pendakian Gunung Korbu, Program Adventure SJII, Singapore, Trans Gopeng-Cameron dan juga ekspedisi Trans Titiwangsa V2.

InsyaAllah akan saya tulis segala pengalaman saya di Korbu untuk bacaan tuan-tuan dan puan-puan para sahabat saya yang budiman sekalian.

Kalau tiada perjalanan maka tiadalah cerita, kalau tiada cerita maka tiada pengalaman... begitulah, alkisah!!!
*bersama pelajar NPS, Singapore - Sabah Adventure Trip 2013

*bersama pelajar UiTM Dungun - Ekspedisi Gunung Kinabalu, Sabah



Thursday, 2 May 2013

Photo shoot for TEVA in Sungkai

Hai all,
It had been a while since my last entry to my own personal blog. Nothing much to share with you guys. Just a few memorable moment had happened to me in this first quarter of 2013.

Few picture for you guys on my photo shoot for Malaysia TEVA in Sungkai. Enjoy it!!!








Monday, 14 January 2013

V2

18 tahun lalu... saya mula kenal backpack, khemah, fly sheet, ground sheet dan macam-macam lagi peralatan perkhemahan. Tapi pada masa itu, saya tidak tahu apa itu Colombia, TNF, Millet, Lafuma, Teva, Salomon dan ntah apa lagi brand yang ada sekarang ni. Tapi yang pasti siapa yang naik gunung guna boot Camel pada masa tu memang dikategorikan sebagai taiko lah.

Pada masa itu juga saya mula dengar istilah G7, Transpex, Trans Yong Yap - Yong Belar dah beberapa lama baru kedengaran V1, V2 dan banyak lagilah V yang ada.

Kali ini saya nak story mengenai log perjalanan V2 versi klasik - Yong Belar ke Yong Yap yang saya telah selesaikan bersama beberapa orang sahabat lain setelah sekian lama tidak menjejak kaki ke sini.
-------------------------------------------------------------<@
24/12/2012 
Blue Valley Dam (aka Tangga) ke Kem Tudung Periuk
- jam yang pertama anda perlu memanjat anak-anak tangga untuk menuju ke Kem Kabin
- laluan dari hujung tangga ke Kem Kabin perlu melalui batang-batang paip PVC yang dibuat oleh petani-petani rakus di sini
- selepas hampir sejam, ada satu simpang ke kanan yang akan membawa anda masuk ke kawasan hutan dan tiba di sebatang sungai
- pastikan anda telah melepasi kawasan tanah runtuh sebelum memasuki simpang kanan
- seberang sungai ini dan jalan lebih kurang 3 minit dan tiba di Kem Kabin
- di Kem Kabin kumpulan saya telah berhenti rehat dan menjamah makanan tengahari yang sedia dibungkus seawal pagi sebelum masuk ke BVD
- perjalanan diteruskan menuju ke pintu rimba
- laluan resam perlu dilintasi sebelum mendaki di kawasan tanah liat yang licin
- setelah selesai memanjat tiba di pintu rimba - kawasan lapang dan rimba
- menyusuri denai dengan perlu memanjat dan turun untuk tiba di Kem Tudung Periuk
- 6 puncak perlu dilintasi sebelum tiba di KTP
- puncak air perlu turun melalui rentis yang menuju ke Kem Kasut *ada anak sungai di sini
- KTP ditandakan dengan sebuah penutup periuk *diikat disebatang pokok

*sungai sebelum kem kabin
*permulaan pipe dari batu sempadan
25/12/2012
Kem Tudung Periuk ke Puncak Gunung Yong Belar
- 3 jam perjalanan kumpulan kami tiba di Kem Kasut
- perjalanan menaik sehingga ke Kem Kasut dengan banyak terdapat pokok-pokok berlumut dan keadaan tanah yang berlumpur
- sumber air di Kem Kasut berada di sebelah kiri tapak perkhemahan * ada rentis turun sehingga ke anak sungai
- kumpulan kami makan tengahari di sini
- perjalanan diteruskan sehingga ke Puncak Yong Belar di mana hanya mengambil masa selama 1 - 2 jam perjalanan dari Kem Kasut

*pemandangan dari Puncak Yong Belar
26/12/2012
Gunung Yong Belar ke Kem H20
- perjalanan turun ke Kem H20 akan melalui Kem Kuali
- 45 minit perjalanan kumpulan kami tiba di Kem Kuali *ada kuali yang diikat di batang pokok
- sumber air ada di sebelah kanan tapak perkhemahan
- perjalanan diteruskan sehingga ke Puncak Anak Yong Belar dan Puncak H20
- perjalanan turun naik yang memang memenatkan semua peserta kumpulan
- dari puncak H20 ke Kem H20 hanya mengambil masa selama 30 - 45 minit perjalanan turun
- perlu seberang sungai untuk tiba di Kem H20
- sungai sebagai sumber air


*kem kuali
27/12/2012
Kem H20 ke Kem Lembah Agas
- dari Kem H20 perlu mengikut rentis sehingga bertemu dengan satu air terjun di sebelah kiri
- jalan lagi dan akan jumpa air terjun lain dan perlu seberang air terjun ini
- kemudian peserta akan melalui satu kawasan di mana perlu memanjat batu untuk naik ke atas *ada tali disediakan di sini
- untuk tiba di Gunung Junction perlu merentas 4 puncak yang boleh dijadikan kawasan rehat
- dari Gunung Junction perjalanan diteruskan sehingga ke Anak Junction yang mengambil masa selama 1 jam perjalanan dari Gunung Junction
- dari Anak Junction perjalanan diteruskan sehingga Kem Lembah Agas *kami OT hari ni, sampai kem jam 1940
- sumber air hanya bersebelahan tapak perkhemahan *sungai

*air terjun ke-2 dari H20 ke Junction


*puncak junction
28/12/2012
Kem Lembah Agas ke Puncak Belumut
- seberang sungai untuk melalui rentis ke Puncak Bonsai Semak
- perjalanan mendaki untuk ke Bonsai Semak
- seterusnya perjalanan diteruskan sehingga ke Bonsai Tengah
- pendakian diteruskan ke Puncak View
- kami berhanti makan tengahari di sini
- perjalanan turun sehingga ke Kem DGU
- ada sumber air sebelum tapak perkhemahan
- mendaki semula untuk ke Puncak Bonsai
- perjalanan melalui permatang turun naik sehingga ke Puncak Belumut
- tiada sumber air & tapak khemah yang sangat sempit
*puncak belumut
29/12/2012
Puncak Belumut ke Kem Lopak Air
- perjalanan bersambung sehingga ke Kem Kaki Belumut
- ada sumber air tetapi kena turun ke bawah
- sambung perjalanan sehingga ke Puncak Kambing
- terus bawa beg ke Puncak Tok Nenek
- makan tengahari dan sesi bergambar di Tok Nenek
- cuaca cerah buat hari pertama setelah hujan dari mula ekspedisi
- dari Tok Nenek berpatah balik ke Puncak Kambing dan seterusnya ke Puncak Kayung
- turun sehingga ke Kem Lopak
- ada simpang ke kiri jika anda tiba di 'saddle' antara Kayung dan Gunung Bubu
- sumber air perlu turun ke bawah sedikit dari tapak perkhemahan

*makan tengahari di tok nenek
30/12/2012
Kem Lopak Air ke Kem Balak Pecah
- pendakian selama 1 jam 30 minit tanpa henti membawa kami ke Puncak Gunung Bubu
- berehat untuk melepaskan lelah
- perjalanan melalui permatang yang turun naik sehingga ke Simpang Tok Nenek - Yong Yap
- letak beg di simpang dan terus mendaki sehingga ke Puncak Yong Yap
- patah balik ke Simpang TN - YY
- turun sehingga ke LWP untuk mengambil air
- LWP ada disebelah kiri rentis (jika turun dari puncak) ditandakan dengan botol dan tulisan LWP
- sambung perjalanan sehingga ke Kem Balak Pecah
- tiada sumber air di Balak Pecah

*puncak teakhir - gunung yong yap
31/12/2012
Kem Balak Pecak ke Kuala Rengil
- perjalanan turun sepanjang hari
- tiba di Kem Sungai Y selepas sejam perjalanan
- perlu seberang sungai sebanyak 16 kali sebelum Kem Agas
- terus bersambung sehingga ke Kem Agas@Sungai Tahak
- sumber air ada di sebelah kiri tapak perkhemahan *sungai
- sambung sehingga ke Balak Lintang
- menyusuri dan merintasi sungai sehingga ke laluan balak lama
- laluan balak akan membawa kumpulan ke Kuala Rengil

*pesta durian di kuala rengil

Profil Rentis:
Jarak rata keseluruhan: 56.3km
Jarak mak mendaki: 541m
Jarak mak menurun: 1,001 m
Titik tertinggi: 2,160 m (Yong Belar)
Titik terendah: 673 m (Kuala Rengil)
Kecuraman mak: 45.8%
Purata kecuraman: 14.7%

Tapak perkhemahan:
BVD *h20
Kem Tudung Periuk *h20
Kem Kasut *h20
Puncak Yong Belar 
Kem Kuali *h20
Kem H20 *h20
Gunung Junction
Anak Junction
Kem Lembah Agas *h20
Kem DGU *h20
Kem Belumut
Kaki Belumut *h20
Puncak Kambing
Puncak Kayung
Kem Lopak Air *h20
Gunung Bubu
Gunung Yong Yap
Kem Balak Pecah
Kem Sungai Y *h20
Kem Agas *h20
Kuala Rengil *h20

Wednesday, 2 January 2013

Tahun Baru 2013

Saya menamatkan usia 30 tahun saya dengan satu ekspedisi merentas Titiwangsa yang sangat klasik dan sangat 'pedon' (istilah penat bagi warga hutan). Perjalanan selama 8 hari 8 malam itu akan saya ceritakan sedikit masa lagi kerana menunggu idea-idea yang bst untuk dinukilankan di dalam penulisan itu nanti.

Tahun 2013 mendatang dan meninggalkan tahun 2012 dengan penuh kenangan dan peristiwa. Tahun ini puteri comel saya akan berusia 2 tahun dan semakin hari dia semakin bijak berkata-kata. Macam-macam kisah yang ingin diceritakannya nanti apabila telah fasih lidahnya berkata-kata. Tidak sabar saya menunggu saat itu.

2013 juga akan ada banyak lagi ekspedisi bagi mengisi ruang yang ada sebagai memenuhi kehendak ahli-ahli di dalam persatuan eksplorasi Malaysia. Saya sedang bercadang-cadang untuk mengadakan program pertama pada tahun 2013 ini dengan aktiviti 'paintball' di Teluk Intan, Perak (baru sahaja dibuka oleh seorang sahabat gunung saya). Pasti seronok apabila berperang bersama-sama sahabat seperjuangan.

InsyaAllah jika diizinkan Allah SWT, saya akan meneruskan pencarian ilmu di dalam bidang rekreasi luar untuk memantapkan diri bagi menghadapi cabaran yang lebi hebat di tahun 2013 ini.

InsyaAllah...

nantikan interpretasi titwangsa V2 klasik yang akan saya tuliskan tidak berapa lama lagi...