Thursday, 12 September 2013

SETELAH SEKIAN LAMA

Setelah hampir separuh tahun tidak menjengah ke blog peribadi saya ini, tergerak untuk menulis sesuatu berkaitan apa yang telah berlaku sepanjang kesunyian saya dan apa yang akan berlaku sehingga penghujung tahun 2013 ini.

Bermula daripada awal tahun banyak ekspedisi serta program yang telah berjaya saya laksanakan bersama klien-klien. Ada yang mendaki gunung, ada yang berkhemah, ada yang berkayak, ada yang berakit arus deras malahan yang melakukan aktiviti santai bersama keluarga juga ada. Satu pengalaman yang masih segar sepanjang tahun sehingga kini ada di mana saya membawa sekumpulan pelajar India dari negara Singapura ke negeri Bawah Bayu, Sabah pada Ogos yang lepas. Ini adalah satu program yang saya boleh katakan sebagai berjaya walaupun dipermulaan program banyak terdapat cacat celanya. Tapi berkat kekuatan yang dikurnia Allah serta sokongan rakan-rakan yang bersama, program itu dikatakan antara yang berjaya dan menarik pernah diikuti oleh sekolah tersebut.

Kalau nak ceritakan kisah duka dan sedih, paling tidak dilupakan adalah tragedi terjatuh daripada 'raft' serta mengalami kecederaan teruk dibahagian lutut sehingga menyebabkan saya terpaksa untuk berehat selama 2 bulan lebih dari melakukan kewajipan saya sebagai 'guide'. Dan selama itulah saya terpaksa duduk di rumah berehat serta mengharapkan bantuan daripada keluarga di sekeliling yang ada.

InsyaAllah bermula daripada entri ini ditulis sehingga ke penghujung tahun ini akan ada beberapa ekspedisi-ekspedisi yang akan saya laksanakan mengikut kehendak klien-klien saya. Antara yang mungkin di'highlight'di sini adalah pendakian Gunung Korbu, Program Adventure SJII, Singapore, Trans Gopeng-Cameron dan juga ekspedisi Trans Titiwangsa V2.

InsyaAllah akan saya tulis segala pengalaman saya di Korbu untuk bacaan tuan-tuan dan puan-puan para sahabat saya yang budiman sekalian.

Kalau tiada perjalanan maka tiadalah cerita, kalau tiada cerita maka tiada pengalaman... begitulah, alkisah!!!
*bersama pelajar NPS, Singapore - Sabah Adventure Trip 2013

*bersama pelajar UiTM Dungun - Ekspedisi Gunung Kinabalu, Sabah



No comments:

Post a Comment