Salam semua...
Ini kali saya nak story mengenai hammock baru kepunyaan saya ini. Ini adalah sebenarnya 'review' yang mudah khas saya buat untuk semua peminat aktiviti rekreasi luar. Modal untuk mendapatkan hammock ini dan di mana nak dapatkan akan diberitahu diakhiran kisah 'review' ini. Baca dulu sampai habis, kemudian baru tengok harga.
Lepas itu baru buat perbandingan harga dengan kualiti.
Hammock atau dalam istilah Melayunya disebut sebagai 'sejenis alatan tidur yang dibuat menggunakan material canvas, kain, tali atau sebagainya yang digantung dan diikat di kedua penguhujungnya'.... ada juga yang gelar benda ini sebagai buaian atau endoi.
Antara ciri-ciri menarik 'hammock' ini adalah:
1. Berbentuk asimetrik
2. Kalis serangga - mempunyai kelambu
3. Kalis angin
4. Kalis air
5. Poket di bahagian dalam
6. Mudah dipasang dan dibuka
Cara-cara memasang hammock ini amat mudah, semudah 1, 2 dan 3 dan siap.... anda hanya perlu mengikat kedua bahagian hujung tali di mana-mana kawasan yang anda kehendaki. Selepas itu, hanya tarik lapisan penutup (snake skin) ini untuk membuka hammock anda. Selepas itu, setkan 'rain fly' pada kehendak masing-masing. Dah siap, apa lagi.. leh masuk pastu tidur kat dalamnya... Di bawah ini ada beberapa gambar serta penerangan berkaitan dengan hammock yang boleh dikatakan canggih ini...
| *hammock yang telah siap diikat pada dua bahagian batang pokok. Rain fly dibahagian atas yang akan melindungi anda daripada hujan serta embun malam. |
| *pandangan sisi |
| *bukan seluar dalam berjaring tetapi ini adalah poket yang tersedia ada di dalam hammock bagi memudahkan anda untuk menyimpan barangan penting semasa berkhemah - lampu suluh dsb |
| *sebelum membungkus dengan snake skin - tiada cara tersendiri dan ini adalah cara saya... |
| *snake skin ditarik untuk menutup hammock |
| *dan dibungkus di dalam beg ini |
Kos untuk pembelian...
Hennessy Hammock model Expedition RM 550.00 seunit
Snake skin RM 89.00 satu set
Figure of 9 RM 18.00 satu dan harga berlainan mengikut saiz
Jika ada yang berminat, sila berhubung dengan saudara Muaaz Mohamad (klik sahaja) dan jika dia bertanya dari mana anda mengetahui mengenai hammock ini, katakan dari Uteh ORL selepas membaca review di blog saya ini.
Ít's a hammock, it's a tent, it's a chair - it's a super shelter........
'The coolest tent in the world' - Dwell Magazine
keren bangeeet hammocknya kalo di taro di ruang belakang rumah pasti keren banget nih.
ReplyDeleteoya mohon maaf ya gan sebelumnya, ane mau numpang share beberapa info barangkali ada yang lagi nyari rumah, bisa cek beberapa link di bawah ini hehehe
Perumahan Baru
situs jual rumah
dijual rumah di depok
dijual rumah di surabaya